Adakah anda berfikir bahawasanya tuah adalah nasib?
Sebenarnya bila kita bercakap mengenai nasib, persoalannya mesti kita akan cakap segala-segalanya dah ditentukan oleh tuhan. Ouh, Dia sememang bertuah disebabkan dilahirkan kaya kata si miskin kepada si kaya... ouh, dia memang dilahirkan menjadi pandai , kata si bodoh kepada si pandai. Jawapan yang si miskin dan si bodoh adalah sama. Seakan-akan pasrah dan kita boleh katakan kepada mereka hanya berserah kepada nasib dan ahirnya kita menyalahkan tuhan. Nauzu billahi min zalik.
Bertuah sebenarnya gabungan banyak perkara yang kita lakukan dalam kehidupan dan apa yang kita percaya tentang diri sendiri dan orang lain. Sememangnya kita boleh menjadi lebih bertuah. Seperti contohnya:
- Mengambil risiko
Orang yang bertuah mengambil lebih risiko. Risiko disini tidaklah bermaksud menggadai segalanya untuk perkara yang tidak elok, judi contohnya. Kita tahu mengambil risiko yang besar akan menyebabkan seseorang itu akan kehilangan sesuatu yang besar. Terdapat billionaires seluruh dunia sekarang, contohnya. Jika tidak Mark Zuckerberg mengambil risiko memperkenalkan Facebook, adakah dia akan menjadi antara anak muda terkaya di dunia ini? Adakah Bill gates, Donald trumph, Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary,tan sri robert kuok dan lain-lainnya sememangnya lahir bertuah dan bernasib baik jika mereka tidak mengambil risiko yang besar??
-Percaya
Setiap dari kita Allah telah ciptakan keunikkan. kalau tidak ada, kita lah yang kena cari dan percaya bahwasanya kita adalah unik. Alhamdulillah.
Kenal gadis bertudung di rak Sendayu Tinggi di Watson ini? heee :)
Terfikir kenapa saya dipilih? Kepercayaan pada diri. Bukan bertujuan riak mahu membangga diri. Tapi Dahulunya di Watson Malaysia hanya wajah model2 Inggeris @ Pan-asia sahaja menjadi tumpuan produk, namun sekarang terbukti gadis tempatan,Melayu, dan plg utama bertudung menutup aurat menghiasi jenama produk. Syabas kepada Sendayu Tinggi kerana masuk dipasaran Watson dan juga menjadi satu2nya memberi peluang saya, gadis bertudung di rak anda. Gembira saya dari Watson :)
Apa yang peling penting adalah.. pemikiran yang positif. Ion-ion negatif dari luar menyerap masuk melalui salur-salur darah hnya disebabkan kita x peduli. Jadi kalau ada diantara kita yang terikut2 negatif, tanya pada diri "what's wrong with me?''. dan kembali positif kan diri.
Akhir sekali, Eloklah bila kita spend time with positive people. Hanya berkongsi pengalaman, pelik juga bagaimana saya boleh menjadi model muslimah yang berjaya? Wlpn saya tidaklah cantik seperti Angelina jolie, mahupun howt seperti Jennifer Lopez namun masih dipanggil oleh pihak2 tertentu untuk mewakili company mereka antaranya Sendayu Tinggi untuk Watson, Najjah butik oleh Farrah Adeeba, Cosry for muslimah & produk Penjagaan wajah Cosmoderm dll.
Print ads di Najjah Wangsa Maju |
Ini dia rahsia nya, IBU saya. Biarlah tidak cantik dimata org lain, tapi cantik di mata Ibuku. Selalu ma akan hantar mesej kpd sy dengan permulaan, anakku yg cantik, anakku yang manis, selalu..selalu begitu. Kerana doanya. Doa ibu.
Life’s way too awesome to waste time with people who don’t treat you right. So surround yourself with people who make you happy and make you smile.
Akhir sekali, untuk memenangi hadiah bernilai RM1000 dari Cosmoderm, Selamat mencuba. Mana tau tuah anda pula! Sila ke untuk mengetahui lebih lanjut:
Facebook : Cosmoderm
Facebook : Cosmoderm