Monday, November 26, 2012

Hijabista Magazine website launch

Assalamualaikum...


I attended two events last week.

1.  Hijabista Magazine website launch 

Bertemakan baroque inspired, majlis pelancaran laman web Hijabista berjalan dengan jayanya di Red Box IOI Mall pada 21 November 2012. Seramai 125 orang tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis dan antaranya ialah barisan selebriti dan bloggers tanahair yang berhijab. Selain itu juga, krew Saffiya dari tv9  turut hadir untuk membuat liputan. Majlis dirasmikan oleh Pengurus Besar Editorial dan Kreatif Kumpulan Media Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Farrah Adeeba tampil selaku pengacara majlis. Sepanjang majlis, pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Sesi karaoke, pertandingan dan anugerah yang menarik telah berlangsung untuk menggamatkan lagi suasana. Para jemputan juga turut menerima pelbagai hadiah yang ditaja oleh Dian Pelangi, L’occitane, Tea Chansii, Asia Essentials, Playboy, Aidijuma, Radiusite, Adreesya, Smashing Scarves, Sugarscarf, Wardah dan Zaharah.com. -hijabista.karangkraf.com






"Mysterious Girl"? 
.
.
.

 It's me! heeee :)





Website launching bersama editor majalah Hijabista, pihak sponsor dan juga
para artis seperti Heliza Helmi, Iram hasmie dan juga suami, Farrah adeeba,
dll.



With some beautiful girls - Aymei. Ami schaheera. Fatin Suhana.
Bunga Lily Baheera, Irma Hasmie dan suami



with my lovelies Fatin Suhana & Ameera Zaini

I really enjoyed the event that took place last wed. seronok dapat berjumpa dengan semua krew majalah hijabista, artist, blogger dan juga semua media. The best part is bile dapat goodies bag dari radiusite dan juga organ oil yang susah nak dapat tu. 




Rakus sungguh! Balik-balik terus pakai tudung Halfmoon
dari Radiusite
untuk video shooting. Tq Radiusite !


Terima kasih Hijabista kerana sudi menjemput ke majlis ini :)


Next entry :  Fcc Twilight screening Event

Thank you for reading this entry !

Tuesday, November 20, 2012

Hadiri Dua Private Events

Assalamualaikum


Minggu ni saya akan pergi dua private event. Alhamdulillah di jemput. Sebenarnya saya tersangatlah busy untuk sebulan dua untuk menamatkan pengkuliahan, saya ada 18 assignment yang tak disiapkan lagi *betul tak tipu dan Kajian yang belum diselesaikan malahan photoshoot yang berderet-deret. Sehinggakan saya mungkin atau akan mengalami tekanan minda dan juga perasaan. Huhuhu. Jadi, saya mengelakkan diri dari bersosial dengan kawan-kawan mahupun menjauhi social event membuatkan lebih fokus pada kerja. Tapi itu ternyata salah! Setelah dinasihati oleh kawan-kawan dan juga family, kadang-kadang kita perlu keluar untuk lapangkan fikiran, selagi kita tak mengabaikan pelajaran. Jadi, disebabkan menjadi jemputan maka saya akan menghadiri dua acara dalam minggu ini. 

Jadi! Event pertama adalah...

                         

Sekarang Hijabista Mag menjadi bacaan kegilaan untuk fashionistas terutamanya untuk muslimah. Daripada mag, boleh belajar fesyen dan juga ilmu bermanfaat lain-lain. Mula-mula malas juga nak pegi. Tengoklah! Baroque Inspired tertera pada kad tu. Apakah fesyen Baroque inspired? Ia merupakan fesyen abad ke18 di rome gaya berpakaian yang mewah dan details  yang asli. Yang terbaru, The Dolce and Gabbana Fall Winter 2013 collection is inspired by the Baroque period. Dolce and Gabbana tuu kan.. Contohnya



humpp! I don't know what to wear! What should I? Acara ini hanya tinggal beberapa jam namun saya dapati gaya mewah ini tidak ada sehelai pun dalam wardrobe ku. Sadis! Mix and macth sajalah, lihat hasilnya nanti. Yang penting tutup auratnya dulu kan. Mungkin warna emas untuk mengikut tema melambangkan abad gaya mewah ketika itu :)


Event kedua adalah

                           

Seeee.... It's Twilight Movie Screening! Even I'm not a twilight fan, but this looks somewhat exciting! Tak sabar menonton finale cerita ini. Dengar kata orang best, Saya tak percaya tapi bila tengok trailer movienya di youtube, Woahh, Banyak actions! plus pasangan vampire ni mempunyai anak yang sangat comel! Terima kasih kepada Farmasi Colour Cosmetic ( FCC ) kerana sudi menjemput saya ke movie screening. Nak tau cerita ni best ke tak, kena tengok dulu dan nanti saya akan buat review ok! 

Oh Anyway, Fcc makeup memang best dan cantik sangat. Ia boleh merubah dengan wajah anda selepas secalit warnanya. Tak percaya? Beberapa bulan yang lepas saya terlibat dengan fashion show Farmasi colour cosmetic launches 2012.

Farmasi colour cosmetic launches 2012.
  FCC. Merubah wajah anda :)


Shasha. Farmasi colour cosmetic launches 2012. 


Farmasi colour cosmetic launches 2012

Tak sabar untuk menghadiri kedua acara ni. Sehingga disini sahaja, Sehingga berjumpa lagi.


Terima kasih kerana sudi membaca. :)



Thursday, November 15, 2012

Rahsia kecantikkan ku

Assalamualaikum


Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Hari jumaat yang mulia, kita sudah berada di tahun baru awal muharram. Sudahkah kita tanamkan niat yang baru meninggalkan perkara dilarang, الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر. InsyaAllah kita di bawah lindungan Allah. InsyaAllah. Sempena tahun baru ni saya mengajak diri sendiri dan juga gadis-gadis dluar sana berfikir bagaimana Cantiknya Seorang Wanita itu? Tetapi ingat Daripada  Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)


Apa yang saya boleh katakan, kecantikkan itu juga dari dalam dan luar budi pekerti akhlak dan sebagainya. Wanita adalah perhiasan dunia, jadi jagalah diri kita sebaiknya. Allah telah berikan kite nyawa, fizikal. Jadi kita wajib memelihara dan menjaga apa yang kita miliki. Dan saya juga ingin betulkan tanggapan bahawa makeup boleh menutup semua keburukan pada kulit kita semua. Itu salah! Well yang sebenaqnya, "beautiful make-up starts with beautiful skin." Percayalah dari kulit yang sihat dan cntik itu kita sentiasa akan rasa dan yakin.

Entry yang lepas ( klik disini ) saya berkogsi produk terbaru set baru Gentle Series dari Cosmoderm. Saya jamin memang saya lebih selesa dan lebih baik kerana set ni sesuai untuk kulit kering dan sensitif macam saya. 

Tanpa secalit makeup

light makeup

Heavy makeup


Dengan Cosmoderm, Set gentle series membuatkan saya yakin tanpa sebarang makeup, light makeup mahupun ketika makeup yang sangat tebal. Makeup ini sebenarnya menambah seri pada muka sahaja, ia kerana makeup yang cantik dari kulit yang cantik dan berseri. Sesetengah dari kita tidak tahu apa jenis kulit kita. Disini ade 7 tanda kulit sensitif. 

Adakah anda rasa tanda2 ini? Ya, anda memiliki kulit yang sensitif

Ramuan dari Gentle set series dari Cosmoderm memang dikhususkan untuk kulit yang jenis sensitif. Ada empat item didalam  Siri Gentle khas untuk kulit kering atau kering dan sensitive ini. Bagaimana mana saya menjaga kulit setiap hari?

Setiap pagi saya bangun mencuci muka saya dengan Gentle Milky Foam Cleanser untuk membersih sambil memastikan lapisan perlindungan kulit tidak tertanggal. Kulit terasa bersih tetapi amat lembut dan licin. Kemudian step kedua dengan Gentle Toning Lotion untuk menyamankan kulit serta memastikan kulit terlindung daripada alahan selepas cucian. Ketiga, saya tidak akan keluar tanpa Gentle Day Moisturiser kerana Kulit sensitif memerlukan perlindungan dari sinar UVA + UVB yang tinggi agar  sistem perlindungan kulit tidak terancam. Dan akhirnya sebelum tidur, saya memakai  Gentle Night Moisturiser supaya  pembaharuan sel - sel kulit saya diperbaharui. InsyaAllah dengan amalan ini kulit saya memang ternyata cantik dan berseri. 

Bukan saya sahaja yang mengakui kebaikkan Cosmoderm malah dari testimoni dari pengguna-pengguna yang lain : 




Akhirnya, ternyata anda akan berjalan melayari hidup anda dengan yakin. 

Gaya saya yang yakin :) 

Sekarang, saya berjalan melayari kehidupan saya dengan yakin, Selain dari kecantikkan luaran, kecantikkan dalam adalah penting. Saya mengambil multivitamin untuk kekalkan kulit sihat, minum air masak secukupnya selain wajib menunaikan solat lima kali sehari,  adalah senjata umat Islam. InsyaAllah kecantikkan itu terpancar dari dalam seorang wanita. Sama-samalah kita berhijrah ke arah kebaikkan. Salam Maal Hijrah buat semua :)


Lebih lanjut produk Cosmoderm layari disini : 

Instagram Cosmoderm




Wednesday, November 14, 2012

Ku turut rasakan Gempa Bumi Padang | Bukit Tinggi

Assalamualaikum.

Bukittinggi adalah salah satu daerah yang besar dalam West Sumatra,Indonesia. Beberapa bulan lepas sy dan classmate sempat berkunjung kesana diatas lawatan antarabangsa. Sebelum kami ke Bukit Tinggi, kami melawat ke Universitas Negeri Padang, beramah mesra serta bertukar, berkongsi pendapat. Apa yang saya boleh lihat Mahasiswa/i nya tidak jauh berbeza dari Malaysia. Dah nama pun kite serumpun kan. Apa yang saya boleh katakan trip kali ni seronok sebab dengan kawan-kawan. Paling penting, panorama Padang dan Bukit Tinggi ni memang cantik! 

Walaupun sibuk dengan aktiviti penuh disana, namun saya tetap pentingkan travel in style. Here,my tips: 

                        


Walaupun kite mahu ringkas semasa travel, namun penjagaan kulit muka sangat perlu dititik beratkan. Less makeup tp nak nampak berseri. Jadi bagaimana? Untuk kulit, pastikan anda memakai Sun protection, untuk saya produk terbaik buat sekarang adalah BB cream dari Cosmoderm. BB cream ni kena pakai untuk elak matahari menembusi kulit kita selainn dr menutup noda-noda nakal di muka tu. Memang tahan lama BB cream dari Cosmoderm ni tau. Set Gentle series terbaru dari Cosmodem sesuai juga untuk dibawa kemana2 untuk pastikan kulit kita mendapat belaian yang terbaik :) Nak tau lebih lanjut product yang miracle ni sila ke laman web Disini / Facebook Cosmoderm . Selain tu, semasa travel kita mestiiiiiiii banyak minum air masak to prevent dehydration :)


Fly dengan Air Asia Sajo. Minangkabau Airport.


Check in @ Universitas Negeri Padang ( UNP )


Rakan di Padang.

Bermalam di UNP, bertemu dengan mahasiswa/i disana memang seronok mengeratkan silaturrahim. Keesokan harinya, semasa kami mendengar perbentangan kerja dari professor2 dari dua buah negara, tiba-tiba kami dapat rasakan gempa bumi, MasyaAllah. pertama kali saya dapat rasakan gempa bumi, Memang menakutkan. Bagi mahasiswa/i disana mereka sudah biasa dengan gempa disana. Dua kali saya rasakan gempa tu, sekali 8.9 skala richter, kemudian naik lagi. Masa tu kami dapat khabar angin yang buruk takut ditimpa tsunami skali lagi. Jadi pihak UNP mengambil keputusan untuk pindahkan kami jauh dari laut ke Bukit Tinggi. Malam tu juga kami terus mengemas pakaian dan bertolak ke Bukit Tinggi. Memang takut sangat masa tu,saya hanya berserah dan teringat ibu tercinta saya yang sedang menunaikan umrah. Kami juga mendapat tahu bahawasanya gegaran yang kuat tu sampai di Malaysia. Malam tu kami bermalam di Edo Hotel dengan selamat, Alhamdulillah.  


Kecut perut Gempa, Hanya pack apa yang patut tp masih sempat bergambar t.t

Keadaan pagi di Bukit Tinggi memang sejuk. Keadaan yang tenang dan sangat aman. Hari ke3 ini kami bersiar-siar di sekitar bukit Tinggi yang Indah ciptaan Allah S.W.T.


Jam Gadang - a large clock tower built by the Dutch in 1926.

Bila sampai ke Bukit Tinggi, harus sampai di Jam Gadang. Ini adalah landmark bagi Bukit Tinggi. Sunglasses adalah tips untuk nampak bergaya ketika travel bukan? Selain colour blocking tshirt yang saya beli di Medan beberapa bulan sebelumnya. 


Takde motif posing mcmni :/
                  
Teletubbies. kawan muda :)


Kawan tua. hikhik


Zul si kacak. hahah


Classmate yang turut bersuka ria.
Mai, Ida,  Sha & Adila


Kuda perkara biasa di Bukit Tinggi ini, tapi kenapa kuda sangat rare di Malaysia ya?

Salon Khusus Wanita katenya. 


Pangkas Yansiko mungkin bermaksud kedai gunting rambut.
Agaknya lah kan? hehe


Merayau dari Pasar Atas ke Pasar Bawah

                 
                       



Panorama dari Pasar Atas Bukit Tinggi

Di lubang Jepang besama Athin & Scha :)

                 


Pepatah :
Medan Nan Bapaneh
Tanah Bukit Tinggi ni sangat mempersonakan. Tempat yang sesuai untuk bercuti dan menenangkan fikiran bukan? Bersambung Entry ke 2 Bukit Tinggi nanti tau :)

Monday, November 5, 2012

Kisah Cosmoderm : Kerana diriku begitu berharga

Assalamualaikum..

Alrighty! Hands up whoever has tried Cosmoderm products?

                         


Ya, saya pengguna Cosmoderm!*Semangat angkat tangan sendiri.heheh.:) Ceritanya begini.. Disebabkan saya selalu di set shooting @ menungggu di backstage runway menjadi routine, saya telah  terdedah dengan makeup yang sangat lama, kulit saya became much drier. Jadi serba tak kena untuk memilih produk yang sesuai. Memang sedih pabila kulit menjadi suram.Sobss. Satu hari saya nampak produk Cosmoderm ni kat rak bersama dengan jenama yang lain. Rupanya my mum baru je beli this produk kat farmasi tadi. Jadi nampak macam bagus, now selepas 2 kali stok pengggunaan Tea Tree Oil Facial Cleanser with Vitamin E habis, kulit saya lebih2 baik dari sebelumnya. 

Satu hari pihak cosmoderm menghubungi saya untuk menjadi Jurucakap online untuk produk mereka, jadi saya berani memikul tanggungjawab sebab saya sendiri pengguna cosmoderm.*True story. Macam tak dapat bayangkan bahawasanya dalam beberapa bulan memakai Cosmoderm, tibe2 product yang dipakai dengan semangatnya setiap hari, untuk menjadi ahli keluarga mereka. Kira macam unexpected rizq kan? Alhamdulillah. Thanks Cosmoderm! :) 

Now Cosmoderm menggeluarkan satu set untuk kulit kering dan sensitif iaitu, Gentle series set. 

                         

Dalam gentle series ni ade 4 items :
* Q10 Gentle Milky Foam Cleanser
* Q10 Gentle Toning Lotion
* Q10 Gentle Day Moisturiser
* Q10 Gentle Night Moisturiser 

 
Memang sesuai untuk saya, sebab saya memiliki kulit yang sangat kering dan tak boleh menggunakan sebarang produk. Dry skin requires special care. Jangan tersalah anggap sebab dengan kulit kering wanita boleh menampakkan lagi tua,kusam dan become worst adalah menjadi sensitive skin. Hell no! Biiznillah, Kulit saya semakin berseri sekarang :) 

Kenapa saya yakin dengan Cosmoderm?

1. Produk yang halal. * Mencari yang HALAL adalah perkara yang wajib dituntut bukan? 
2. Telah disahkan selamat dari penggunaan haiwan dan juga bebas dari chemicals. 
3. Yang pasti nya buatan Malaysia! *bangga!

Me with Gentle Series

* Q10 Gentle Day Moisturiser
Wajib pakai untuk kelembapan 

Cosmoderm kesayangan saya wajib bawa apabila : 

While travelling


Selepas di set shooting
Untuk mendapat makeup yang cantik perlu dari kulit yang sihat dan berseri

Bila berpanas begini. :D

Berita baik buat anda, anda boleh dapatkan free sample dari Cosmoderm. Memang tak rugi dapatkan sample percuma. Empat items di dalamnya. Dahla besar2 ok, Anda boleh rasakan perubahan kulit anda.Anda boleh berjumpa dengan saya untuk dapatan sample percuma ini @ emailkan untuk dapatkan sample percuma ini ke ara.gegurl@gmail.com. Sape2 je boleh email kepada saya ok! Siapa tak nak free memang rugi kan? Thank you mak kerana memperkenalkan jenama ini kepada saya. :)

Ketahui lebih lanjut : Official Cosmoderm Facebook Fan Page.www.mycosmoderm.com 
                                                                        
Akhir kalam,
Selamat malam semua, Assalamualaikum. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...