Assalamualaikum
Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Hari jumaat yang mulia, kita sudah berada di tahun baru awal muharram. Sudahkah kita tanamkan niat yang baru meninggalkan perkara dilarang, الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر. InsyaAllah kita di bawah lindungan Allah. InsyaAllah. Sempena tahun baru ni saya mengajak diri sendiri dan juga gadis-gadis dluar sana berfikir bagaimana Cantiknya Seorang Wanita itu? Tetapi ingat Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)
Apa yang saya boleh katakan, kecantikkan itu juga dari dalam dan luar budi pekerti akhlak dan sebagainya. Wanita adalah perhiasan dunia, jadi jagalah diri kita sebaiknya. Allah telah berikan kite nyawa, fizikal. Jadi kita wajib memelihara dan menjaga apa yang kita miliki. Dan saya juga ingin betulkan tanggapan bahawa makeup boleh menutup semua keburukan pada kulit kita semua. Itu salah! Well yang sebenaqnya, "beautiful make-up starts with beautiful skin." Percayalah dari kulit yang sihat dan cntik itu kita sentiasa akan rasa dan yakin.
Entry yang lepas ( klik disini ) saya berkogsi produk terbaru set baru Gentle Series dari Cosmoderm. Saya jamin memang saya lebih selesa dan lebih baik kerana set ni sesuai untuk kulit kering dan sensitif macam saya.
Tanpa secalit makeup |
light makeup |
Heavy makeup |
Dengan Cosmoderm, Set gentle series membuatkan saya yakin tanpa sebarang makeup, light makeup mahupun ketika makeup yang sangat tebal. Makeup ini sebenarnya menambah seri pada muka sahaja, ia kerana makeup yang cantik dari kulit yang cantik dan berseri. Sesetengah dari kita tidak tahu apa jenis kulit kita. Disini ade 7 tanda kulit sensitif.
Adakah anda rasa tanda2 ini? Ya, anda memiliki kulit yang sensitif |
Ramuan dari Gentle set series dari Cosmoderm memang dikhususkan untuk kulit yang jenis sensitif. Ada empat item didalam Siri Gentle khas untuk kulit kering atau kering dan sensitive ini. Bagaimana mana saya menjaga kulit setiap hari?
Setiap pagi saya bangun mencuci muka saya dengan Gentle Milky Foam Cleanser untuk membersih sambil memastikan lapisan perlindungan kulit tidak tertanggal. Kulit terasa bersih tetapi amat lembut dan licin. Kemudian step kedua dengan Gentle Toning Lotion untuk menyamankan kulit serta memastikan kulit terlindung daripada alahan selepas cucian. Ketiga, saya tidak akan keluar tanpa Gentle Day Moisturiser kerana Kulit sensitif memerlukan perlindungan dari sinar UVA + UVB yang tinggi agar sistem perlindungan kulit tidak terancam. Dan akhirnya sebelum tidur, saya memakai Gentle Night Moisturiser supaya pembaharuan sel - sel kulit saya diperbaharui. InsyaAllah dengan amalan ini kulit saya memang ternyata cantik dan berseri.
Bukan saya sahaja yang mengakui kebaikkan Cosmoderm malah dari testimoni dari pengguna-pengguna yang lain :
Akhirnya, ternyata anda akan berjalan melayari hidup anda dengan yakin.
Gaya saya yang yakin :) |
Sekarang, saya berjalan melayari kehidupan saya dengan yakin, Selain dari kecantikkan luaran, kecantikkan dalam adalah penting. Saya mengambil multivitamin untuk kekalkan kulit sihat, minum air masak secukupnya selain wajib menunaikan solat lima kali sehari, adalah senjata umat Islam. InsyaAllah kecantikkan itu terpancar dari dalam seorang wanita. Sama-samalah kita berhijrah ke arah kebaikkan. Salam Maal Hijrah buat semua :)
Lebih lanjut produk Cosmoderm layari disini :
Instagram Cosmoderm
subhanallah.. memang superb!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukur, kecantikkan luar dan dalam harus dipelihara bukan? :)
Delete