Thursday, May 5, 2011

ARA IN THE MEDIA - BERITA HARIAN

ARA IN THE MEDIA - BERITA HARIAN

KHAMIS, 05/ 05/ 2011

Assalamualaikum.. 
Hai semua.. lama saya xmenuliskan. yelah.. saya baru je habis exam and tak sempat pun nak rest! terus packing barang untuk camp for 3 days. Still xcukup tido pun. 2 minggu "berperang " dgn final then 3 hari masuk hutan. .uuu... Alhamdulillah. semua nya ok :) 



Kalau sebelum ni cerita saya di MINGGUAN MALAYSIA , kali ni di Berita Harian pula. Teringat pula mase mendpt call dr Berita Harian. rase happy sangat terutama bila wartawan Berita Harian, Mohd Fakhrurazi sendiri yang nak datang tempat saya ( Campus ) untuk shoot & interview. Maklumlah kalau sebelum ni even interview or shoot dari mane2 mesti kite yang kena pergi tempat dia kan. So., this time saya tanpa memikir panjang bersetuju untuk di interview. Kalau sebelum ni dalam Mingguan Malaysia article agak pendek mengenai saya kali ni memang panjang. nak dikatakan biodata pn boleh! haha. *segan


Here is the full article..




Peragaan sekadar hobi Farah Najwa
Oleh Mohd Fakhrurrazi Ahmad Usuldin
2011/05/05



BERPENAMPILAN menarik, dan meminati seni menggayakan tudung menjadi titik tolak beliau terjun ke bidang peragaan ketika masih belajar. 

Pemenang tempat kedua Pencarian Model Fareeda 2011, Farah Najwa Zulkifly, berkongsi pengalaman menceburi bidang peragaan yang tidak pernah diimpikan selama ini dan mengakui bukan mudah menceburi bidang yang penuh cabaran ketika masih belajar.

Hadir mengenakan jubah polos dan bertudung litup cukup menyerlahkan keayuannya, apatah lagi raut wajah lembut serta tutur katanya yang tersusun sepanjang sesi temu bual meyakinkan penulis gadis berasal dari Pahang ini penuh ciri kelembutan serta bersopan santun.



Namun siapa sangka keayuan mahasiswa Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu sebenarnya dulu seorang yang pemalu dan aktif bersukan ketika di bangku sekolah serta jauh berbeza dengan personalitinya kini. 

Menceritakan pengalaman terbabit dalam bidang peragaan khususnya tudung dan busana Muslimah, beliau sekadar mendaftar menyertai pertandingan Pencarian Gadis Melayu Musim ketiga terbitan TV9 pada 2010 dan tidak menaruh harapan tinggi. 

“Pada awalnya saya sekadar suka-suka saja, tetapi tidak sangka pula tersenarai sehingga ke ‘Top’ 23 pertandingan itu. 

“Bermula dari situ saya memberanikan diri menceburi bidang yang penuh dengan cabaran dan menuntut komitmen tinggi,” katanya. 
Terbaru, beliau memenangi tempat kedua dalam pertandingan Pencarian Model Fareeda Kosmo 2011, Mac lalu bagi kategori bawah 40 tahun dan memenangi RM2,000, lima helai tudung Fareeda bernilai RM1,000 serta ditawar kontrak menjadi model tudung Fareeda selama setahun. 

Hampir setahun membabitkan diri dalam bidang itu, Farah mengakui lali dengan sepak terajang dunia peragaan yang terpaksa ditempuhi serta menjadikan penyanyi Heliza Helmi sebagai idolanya. 

Katanya, walaupun bidang itu penuh dengan cabaran, beliau tetap gagahkan diri memandangkan pengalaman yang diperoleh tidak semua orang mendapatnya. 

Ditanya mengenai penerimaan keluarga, beliau akui pada awalnya keluarga agak terkejut dengan keputusan memasuki pertandingan Gadis Melayu, tetapi setelah diterangkan mengenai pengalaman yang diperoleh barulah mereka menyokong penuh minat barunya itu. 

“Keluarga membenarkan saya menceburi bidang ini dengan syarat tidak mengabaikan pelajaran dan sentiasa menjaga batas-batas sebagai seorang Muslimah. 

“Akademik sentiasa menjadi keutamaan saya kerana cita-cita saya menjadi seorang kaunselor tidak pernah padam,” katanya. 

Bercerita mengenai bidang pengajiannya, Farah mengakui kaunseling ialah satu bidang yang menarik kerana dapat memahami seseorang itu bukan saja dari segi luaran (tingkah laku), malah dalaman (emosi). 

Ilmu yang diperoleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam melayani kerenah industri itu yang menuntut komitmen serta kesabaran yang tinggi. Walau sesibuk mana sekalipun, Farah tetap mengutamakan kuliah dan hanya mengambil tawaran pada hujung minggu dan cuti semester saja. 

"Minat terhadap fesyen menyebabkan saya amat pentingkan penampilan diri. Tidak kira sama ada ke kuliah atau keluar bersantai dengan rakan, saya akan pastikan baju atau kasut yang sesuai untuk tampil kemas dan bergaya. 

"Pernah saya ditegur rakan apabila memakai tudung berfesyen ke kelas kerana bagi pelajar USIM, penampilan sebegitu dianggap 'janggal'. Majoriti pelajarnya lebih suka tampil dengan imej santai. Bagi saya, itu hak masing-masing," katanya. 

Bergelar pelajar, Farah sering memanfaatkan peluang di universiti untuk meraih seberapa banyak pengetahuan dan kemahiran sebelum memasuki dunia kerjaya. 

Selain aktif menyertai aktiviti di USIM, Farah turut menjayakan beberapa pertunjukan fesyen dan sesi fotografi untuk majalah sekitar ibu kota seperti butik busana muslimah Yasalma Collections, Yanti Collections, Elly Sofea Collections, Mingguan Wanita, dan beberapa lagi. 

“Nasihat saya kepada rakan lain, belajar dan sentiasa tingkatkan kemahiran insaniah ketika berada di universiti kerana ia tempoh terbaik untuk kita merancang kehidupan yang lebih baik pada masa depan,” katanya. 



PROFIL 

Farah Najwa Zulkifli 

Tarikh lahir: 1 Oktober 1987 

Asal: Kuala Lipis, Pahang 

Hobi: Membaca, menyertai aktiviti lasak dan melayari internet 

Pendidikan: Diploma Syariah, Kolej University Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) 

Pencapaian: Tersenarai Top 23 peringkat ke-3, pencarian Gadis Melayu Musim ke-3 TV9 2010, Pemenang tempat Ke-2 Pencarian Model Tudung Fareeda 2011 kategori bawah 40 tahun. 

penat kan nak baca? Gigih betul wartawan nak tulis tentang saya. Segan pun ade.hehe.. Ape2 pn credit for the interviewer. Thanx a lots Razi kerana sudi interview saya! Apa yang diceritakan  ni memang apa yang fikir dan rasa.. Ramai yang tanya jugak. Ara kenapa gambar x cantik? bukan apa, saya yang diminta oleh Razi supaya tampil natural & without heavy makeup... :) 


Saya bersyukur sebab saya xpernah mimpi apa yang terjadi terhadap saya sekarang ni. Itulah, kita boleh merangcang tapi Allah yang tentukan :) Doakan saya ya kawan2 ;D


sekian tuk kali ni. nk tengok movie pulak! nanti jumpa lagi ya. bye2 ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...