Friday, March 23, 2012

Part II MEDAN SUMATERA UTARA



Assalamualaikum..

Part II Medan









Hari ke 4 saya di berastagi. Lepas saya check out dari hotel 
saya dan mak kembali ke Medan.




Seketika ade juga permandangan berniaga di tepi jalan. Ayam2, Itik2 dihimpun
 diikat untuk dijual. Medan juga memiliki kepadatan penduduk bandar ketiga
 terbesar selepas Jakarta dan Surabaya. 


Pahamkah anda tulisan di seat ini? hihi

Universitas Sumatera :)

Istana Maimun Medan


Jika anda datang ke Medan tak lengkap kunjungan anda jika tidak kesini. 
Istana ini berada di pusat kota Medan. Saya diberitahu raja istana ni berumur 13 tahun kerana ayahnnya  baru sahaja meninggal. 






mak pakai baju batik yang baru dibeli semalam


                          Rasa setiap angle dalam Istana nak ambik..Cantik sangat. 


Nampak x kat tangan tu berapa? Mase ni nak pg toilet.
 Nak masuk  toilet pon kne bayar 2 ribu.
 Kat sini main ribu riban je.hehe :)

Sepanjang jalan2 kat Medan ni, ade nmpak board tulisan dgn flower ni.
 memang banyak. Katenya board ni dibuat untuk penghargaan. Tak kisah la untuk ucapan wedding, ulang tahun, takziah pun boleh.Cantik kan? Kat Msia ade x board mcm ni?


Selepas habis jalan2 di Istana Maimun, 
saya dibawa ke Pasar Ikan. curious betul nak tahu macam mana pasar ikan tu. 
sampai sama rupanya tempat shopping pakaian semua ada.
 Ingatkan ade bnyak ikan 
sotong semua tadi. Penat je pikir tadi. D

Mak tengah shopping, kite pun sibukk jugak :D

Biasalah kalau dah sibuk shopping, xsempat nak gambar2. Jadi petang tu kami terus check in di Hotel paling besh kat Medan tuh. hehe



Time untuk dinner! lapar.lapar.lapar

seriuss.. Avacado paling sedap penah rase. :)

Malam bandar Medan. Di puncak
Semalam di bilik hotel rasa bosan. Mak awal2 da masuk tidur, saya pula ketika ni menikmati keasyikan angin malam di Medan ni. 


Muka bangun pagi :)
Hari ke5 hari terakhir di Medan. Cepat2 pack kan luggage dan segalanya untuk check out. 




Sogo Medan Indo



Selepas shopping di Sogo, saya terus ke Polonia Airport. Memang cepat mase berlalu. Memang seronok bila saya dapat bercuti kat sini. Bertambah lagi seronok sebab saya bercuti dengan ibu yang tercinta berdua saja. Memang kita selalu dengan mak kita tapi bila kite pergi jauh dengan mak, lain rasenya. Percutian ni memang saya xlupakan sampai bila2. InsyaAllah saya kembali ke Indonesia 2 minggu lagi. :)


Thank you mom for everything.
I will love you till my last breath 


Thursday, March 15, 2012

Holiday Medan | Indonesia


Assalamualaikum...

Medan - Danau Toba - Samosir  - Parapat  -Brastagi

Danau Toba
Dah sebulan lepas saya ke Medan. Tapi baru sekrang saya sempat untuk bercerita. Tak apa la kan? Busy sangat2 dengan study, Modelling, Shooting, Business. Berdikari la kata kan. ( yeke?) hehe.

Lihat gambar diatas memang buat mata terpaku, terkesima, SubhanaAllah. Cantik sangat2! Sebenarnya percutian ke bumi Garuda ni tak pun saya rancang. Bermula dengan cuti semester,sebab saya tak nak tinggal rumah sorang2 jadi saya berkeputusan untuk mengikut ibunda saya untuk bercuti. Berdua je.. romantik kan? hehe.

Disebabkan dah sebulan lepas saya di Indonesia, jadi details tak ingat sangat, jadi saya tulis apa yang saya ingat je ye?hehe

Trip saya Medan - Danau Toba - Samosir  - Parapat  -Brastagi. Let's go!

Dia  ni lah yang sibuk sangat nak ikut
mak dia pergi bercuti tu, isk2

Travel mestilah dengan less makeup n cover dgn
sunglasses yg besar. Baru lah Paris Hilton kan? hehe

Safe landed @Polonia airport
Travel & camwhoring dengan my mom,
berdua saja.
Awak ade? xde kan? :p

Bila sampai di Medan, tibe2 perut pon lapar. Apa yang saya perasan di Medan ni, Lauk memang sikit2 tapi dalam 10 jenis hidangan. heaven tak heaven kan? :)

Udah selesai makan petang di Medan, saya baru tahu kami akan menuju ke Danau toba mengambil masa 6 jam. waa...lama gila kan? Baru je turun flight terus je ke Danau, Saya ada jugak tanya dengan Pak Lubis ( driver ),Memang Danau toba tu jauh dan xde airport disana. Sabar jelah... Tapi disebabkan di tempat orang jadi saya hanya menikmati permandangan2 yang ada. Selepas 6 jam perjalanan akhirnya saya sampai Danau Toba yang dinanti2. Sampai di hotel.. saya dengan mak check in, Di hotel ini di sebelah tasik dan tiada penghawa dingin. 20 darjah celcius okey.. Memang sejuk sangat2. Samapai di bilik saya terus tidur sebab katil hotel memangil2. Bangun pagi2 solat subuh, di mana waktu disana awal sejam dari waktu Malaysia kan, Buka je mata terus ke tepi tingkap..Wah Indahnya!

Waktu subuh
permandangn dari dalam bilik

Memang best bilik ni.
Bukak tingkap terus je tasik.
tak sanggup nak bunuh diri kat sini sebab cantik sangat

Mak yang tengah menghirup udara yang nyaman

My turn .hee :p
Breakfast sebelum check out :)

Mom... I love you ...

Permandangan yang cantik

Selepas checkout, kami meniaki feri menuju ke Samosir Island. Ia dihuni oleh kaum suku batak.

Di atas feri kami dihiburkan dengan nyanyian dari  suku kaum batak. Kami mendapat tahu memang ramai suara  Indonesia yang merdu even memang ramai yang nyanyi di jalanan. Suara adik ni memang best woo walaupun xpaham apa yang dinyanyikan. :D

Permandangan yang memukau dari ferry. Saya duduk dari tingkat atas ferry, memang feel habis. Permandangan yang menakjubkan ini membuatkan saya kurang berborak, mak saya pun macam tu jugak. Feel katanya. heee. Cantiknya Danau ni.Terpegun Terkesima..



Saya diterangkan oleh travel guide bahawa cuaca disini akan selalu mendung dan sejuk,manakala ade scientist   telah membuat penyilidikan tiada kehidupan ganas dalam tasik ini tau.Ikan besar pun tak da dalam tasik ni. kat sini ikan yang dinamakan bora2 sahaja yang memang mendiami tasik ni. Comel je nama ikan bora2 kan?

Biasa nya saya akan loya menaiki ferry seperti mana trip saya ke Phi-Phi Island di Phuket ( klik sini ) tahun lepas, Tapi di sebabkan ini adalah tasik, sekali sekali sekali je berombak bila ferry lain lalu disebelah.Jadi memang best naik ferry kat tasik ni tak macam kat phuket tuh..hik3

Ada tak permandangan kat Msia yang cantek mcm kat Danau Toba ni? T.T
Sampai Di Samosir Island, saya terus dibawa penempatan orang batak.


Rasanya rumah lebih kurang sama dengan orang minang tapi yang bezanya mungkin kerana pintu yang sangat kecil.

Di tempat pembunuhan bagi yang mengamalkan ilmu kebal
Sepanjang deretan kedai yang bersih
Pokok bunga apa ntah kat atas tu.Memang bnyak pokok tu kat  pulau ni
Setelah beberapa jam di pulau ini, saya naik balik untuk ke jetty



Di pulau ini, ekonomi utama adalah dengan berniaga 
Sedih untuk meninggalkan Danau yang memakau ini 
Sampai di Jetty, saya meneruskan perjalanan ke Berastagi. Juga mengambil masa 6 jam. Sebelum sampai ke brastagi, travel guide singgah di Air terjun Sipiso-piso

Air terjun Sipiso-piso
Selepas itu singgah untuk minum petang di atas puncak gunung. Permandangan nya memang tak dapat dilupakan.Indah!


Lain nya rasa dari goreng pisang di Msia. & Halia teh.
cukup nyaman dengan pandangan yang memukau
Restaurant di puncak gunung

Indahnya Danau Toba *google
Cantik sgt kan?
SubhanaAllah
Selepas beberapa KM meninggalkan Danau Toba, kami selamat di Brastagi. Tempat kunjungan kami yang pertama adalah pasar buah.

Jagung bakar pedas paling sedap yang pernah makan.
Serius!
Dah jalan2 di Pasar buah berastagi, tiba lah masa untuk dinner kan? Saya check in di Hotel bertaraf 4 bintang.  Sebab kat sini tak da 5 bintang.Hotel yang sangat selesa dan best! Kat atas puncak gunung ni memang hotel tak da aircond, temperature Brastagi is around 17-20 degree celcius.. Gigil2 klu xbawak sweater.
Banyak sangat gambar membuatkan saya akan tulis entry ke II Medan. Nantikan :p

Aksi wajib di Hotel,heee
Nantikan entry ke II Medan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...