Monday, September 17, 2012

The Most Adorable Cat : Yuuki Moora :)

Assalamualaikum

P/s :  Kalau anda baca apa yang saya tulis anda akan terasa nak jumpa Beliau :)

Bukan jumpa saya,
Jumpa yang sebelah saya ni :)

Bila da masuk sem baru ni, rasa rindukan rumah sendiri. Rindukan kucing-kucing sebenarnya. Eheh. Sy ni cat lover. Ade 20 semuanya! haaa.banyakkan? Dulu tidaklah sebanyak ini. Sedar tak sedar dah bertambah. Sesetengah orang tak sukakan kucing sebab mengatakan kotor dan najis. Salah tanggapan anda tu. Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza. Pernah suatu hari Nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Indahnya akhlak nabi kan? Sesetengah kita pula bagaimana sekarang melayan kucing??

Dalam banyak-banyak ni, ade seekor kucing betina, nama die Yuuki Moora*, da nama macam jepun pulak padahal breed siberia. Semua tu leh tanya tuan Yuuki, my sis Anna yang punya.  Anna beli mase Yuuki umur 3 bulan. Yuuki dikira penghibur dalam keluarga. Bukan saja ada muka yang comel, tapi perangai pun memang comel sangat!


Me & Yuuki.
Look into her gold eyes :D

Korang pernah menonton Hachiko tak? Kisah benar anjing yang sangat sayangkan tuannya.Hachiko setia menunggu setiap hari dipusara setelah tuannya 9 tahun meninggal dunia mengharapkan tuaannyaa berjumpa dengan die semula. Itu anjing,Ini kisah Yuuki! Yuuki ni walaupun Anna yang punya, dia paling sayangkan Abah. Rutin harian Yuuki, setiap hari sebelum subuh sekitar jam 5 akan kejutkan abah bangun subuh. Cara die akan kiss muka abah sampai abah bangun. Setiap tiap hari macam tu, anda boleh banyangkan x? Pernah satu hari abah tau Yuuki akan kejutkan die, abah pura-pura xbangun dan tutup muka supaya yuuki xkiss, tapi die gigit telinga abah. Tak pun, kalau abah tetap tak bangun die da puas kejut xbangun2,Yuuki akan tido kat leher abah. Hahaha. Ade je cara die! Yang pasti Yuuki akan pastikan abah terbangun sebelum subuh. Maksudnya abah dah xperlukan jam untuk bangunkan die dan memang abah xtak akan terlepas subuh.Bayangkan setiap hari korang!


Tiap kali orang solat,memang die suka sangat kacau. Tempat main point, duduk tengah2 tempat orang sujud. Selalunya die akan duduk kat situ,pandang muka orang solat tu, Saya pun selalu Yuuki buat macam tu. Bayang kan jela pandang ke kita dengan mata die yang bulat tu! Kadang-kadang tu rasa lucu,nak marah pun ade, sebab memang setiap kali nak solat die akan datang pada kite ni.Pernah ade satu hari, abah solat die xduduk tempat kite sujud tapi  die tunggu sampai abah duduk tahiyat akhir, bila tahiyat die panjat atas bahu abah, tangan atas bahu kanan, kaki atas bahu kiri,sampailah abah habis solat. Takpun selalu masuk dalam kain telekung @ kain pelekat abang waktu kami solat. Memang waktu die kacau time solat. Memang macam tu perangainya.

Haa. Macam ni la Yuuki tengok time solat, duduk atas sejadah tengok je.
Mata da la bulatt. Agak2 reaksi korang camne kalau Yuuki tengok korang
macam waktu solat? Agak2 batal x solat korang?
Lucu ke nak marah nih? :p

Memang suka menggoda*
haishh die ni

Yuuki memang terlalu sayangkan abah, kalau abah duduk mesti Yuuki akan duduk sebelah, kalau abah buat tak tau dekat die, die tengok je merenung je muka abah tu lame-lame. Yuuki suka sambut abah balik kerja, pantang abah panggil,memang terus datang. Die suka sangat bau abah, kalau abah tanggal baju die,mesti die akan pergi bau baju abah tu lama2. Ada sekali tu, abah ade beli jam tangan baru, Yuuki boleh jatuhkan jam tu dari meja, Abah kate, tak pelah Yuuki tak sengaja. Dan ade sekali kami family nak makan, Yuuki melompat masuk dalam pinggan lauk, abah cakap, takpelah Yuuki tak sengaja. See! Yuuki memang selalu tak sengaja kan.sambil bulatkan mata muka kesian kat abah*

Yuuki ni betina,muka manja sangat, mata bulat macam puss in boots! Yuuki memang suka orang datang rumah, kalau ade tetamu yang datang, die akan berlegar-legar, lompat2 kat ruang tamu tarik perhatian orang. Kalau tetamu tu pegang die, memang die ambik kesempatan kiss orang tu, terutama kalau tetamu tu handsome,lagilah! haishh..apela yuuki ni. Dah ramai tetamu jadi mangsa kiss Yuuki ni, Kalau korang pun nak jadi mangsa mehla datang rumah! haha


Selepas abah, orang die sayang mestila tuan die,Anna. Kalau abah takde then Yuuki akan bermanja dengan Anna. Kalau dengan Anna die suka duduk and tido atas dada. Anna suka main dengan die satu permainan. Anna berselimut tebal, dan panggil nama die dengan nada yang cemas, kalau Yuuki dengar die akan cepat2 akan nak masuk dalam selimut tu.Setiap kali Anna buat macam tu die pasti akan datang konon2 nak selamatkan Anna yang lemas tu.  Cehhhh. Pandai berlakon! Pernah ade sekali, bilik saya off light, Anna selimut dah tidur, saya yang berjaga lagi. Tiba2 Yuuki naik dan lompat atas dada saya, saya biarkan je, die tengok muka saya die terkejut. Die sebenarnya nak duk atas Anna! Memang kelakar gila tengok muka Yuuki yang terkejut tu. Saya memang tau die tersalah ingatkan saya Anna. Hahaha. Memang kelakar!

Oh hobby kami mmg suka bergambar :p
YYuuki akan manja dengan saya, bila Anna dan abah tak de kat rumah, Saat tu la die akan ikut dan baring dekat saya. Banyak sangat perkara yang menarik yuuki ni.Gambar sikit yang boleh saya upload sebab gambar yang lain, semuanya kat rumah. Kat dalam handphone semua pic saya dan Yuuki jelah :p. Sampai sini saja kisah Yuuki kali ni, Gambar dengan abah takde, Nanti sy cuti balik rumah mintak snap abah & Yuuki ok.  haaa macam mana dengan Yuuki? Comelkan! Nah video Yuuki! :)


Actress utama :Yuuki Moora
Pelakon tambahan :Wulan 
:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...