Wednesday, April 25, 2012

Talkshow Gen-Y RTM bersama Ben Ashaari & Puan sara

Assalamulaikum..

Setelah shooting di RTM untuk program Gen-Y semalam, kini saya telah mendapat semangat excited yang luar biasa. Bukak je blog followers dah bertambah, sedangkan secara jujur nya tempat blog hanya saja-saja perkongsian hidup sebagai anak, wanita, model muslimah dan rakyat di Malaysia ni tanpa mengira traffic mahupun mengaut keuntungan dr nuffnang  bagai2. 

Untuk pengetahuan Gen-y adalah program TV berbentuk talk show yang disiarkan di RTM selama 1 jam. Pengacara Muaz yang juga Dj radio Nasional FM yang sangat warm person menyebabkan perasaan berdebar saya hilang sekaligus. hehe. Panel jemputan yang lain adalah Ben Ashaari ( Famous blogger tu, alah korang mesti kenal kan) dan Solaheh Sarah ( motivator ) yang juga merupakan salah sorang pencarian solehah Tv-Alhijrah. Berjumpa Ben Ashaari pertama kali memang muka nya yang serious dari segi luaran saja. Sebelum ni pun Yuyu Zulaikha pernah bercakap tentang Abang Ben kepada saya. Thanx abg Ben sebab ade jugak dia kasi nasihat sikit2. Namun lepas shooting abg Ben menghilang kerana rushing ke Cheras. Nak tengok baby agak nya. :) Ape2 pun Abg Ben ni big Influence jugak dlm dunia blogger ni kan? Lattest entry abg ben pun mengenai Talk show. dan Kak sarah motivator ni comel sangat bila bertutur. Memang sesuai solehah sangat :) 

Tajuk yang kitaorang bincang ialah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Namun saya tak nak bincang kan tajuk peribahasa disini sebab kami dah bincangkan pun semalam nak tunjuk2 semua yang sempat snap semalam. Perasaan mula2 memang lah nervous kan sebab sebelum ni memang selalu buat show untuk modelling tapi untuk pertama kali jadi panel jemputan. Nak tau apa yang kami bualkan, saksikan dalam tv1 bersiaran pada 5 May ( sabtu ) jam 2 ptg okeyh! 


Sebelum shooting

Semasa

Selepas shooting

Dan akhir sekali, kepada gadis diluar sana yang sukakan kecantikkan, ni khas video saya buat semua gadis2. amaran! gadis2 sahaja ya :)



Link youtube :  Ara bubbling :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...