Tuesday, April 12, 2011

Cover Story in Mingguan Malaysia newspaper

AHAD, 10 APRIL 2011
CITRA WANITA

Klik sini : Mingguan Malaysia


hallo semua.. :) Dalam tahun ni banyak kegembiraan yang saya rasa! sedia maklum Ahad lepas ara ada keluar dkat Mingguan Malaysia bahagian Citra Wanita.. kalau sebelum ni saya hanya keluar Tv/ mag/ paper hanya mengayakan busana @ rekaan as a model tapi kali ni pasal life saya! OMG! memang xsangka dapat 1 full page cerita pasal diri sendiri.. Alhamdulillah.. teringat masa dapat panggilan dari Utusan, dari Kak Rasyada A.Rahman ..bersyukur sgt rasa!

here, yang betol page penuh..yang atasan cuma utusan online


Ara jadi pendengar setia


PEMILIK nama penuh Farah Najwa Zulkifly pernah menggenggam cita-cita untuk bergelar peguam. Justeru peluang melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang syariah dan undang-undang di Kolej Univeristi Islam Selangor tidak disia-siakan.

Namun mungkin sudah tertulis, rezeki si cantik manis yang berasal dari Raub, Pahang ini bukan pada bidang guaman. Selepas menamatkan pengajian diploma, nalurinya lebih terarah untuk bergelar kaunselor atau pakar motivasi pula. Lantaran merasakan profesion itu amat cocok dengan dirinya, Ara tidak teragak-agak untuk melanjutkan pengajian kaunseling peringkat ijazah di Universiti Sains Islam Malaysia.

"Saya melihatnya dari sudut positif. Bagi saya, menjadi seorang kaunselor sangat mencabar. Bukan senang untuk membantu menyelesaikan masalah dan menaikkan semangat seseorang.

"Kita perlu menjadi pendengar yang setia dan mendalami permasalahan orang lain sebelum membantu mereka menyelesaikannya," kata wanita berusia 24 tahun itu.

Memiliki sepasang mata dan senyuman menawan, Ara masih lagi dibaluti kegembiraan selepas dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua Pencarian Model Tudung Fareeda - Kosmo yang berlangsung baru-baru ini.

Baginya kejayaan tersebut menjadi dorongan kuat untuk terus mengejar impian. Penglibatan dalam bidang peragaan juga katanya menambah keyakinan dalam diri untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya kelak.

"Dulu sebenarnya saya sangat pemalu dan tidak pandai membawa diri terutama di hadapan khalayak. Namun setelah menyertai dunia peragaan, keyakinan mula datang secara perlahan-lahan dan kini saya tidak gementar lagi," katanya.


KITA PERLU MENJADI 
PENDENGAR YANG SETIA
DAN
MENDALAMI PERMASALAHAN 
ORANG LAIN SEBELUM 
MEMBANTU MEREKA
MENYELESAIKANNYA
FARAH NAJWA ZULKIFLY


Pagi Ahad tu ma dgn abah msg.. msg2 teruja.. kalau b4 ni terus trg nak ckp memang ma saya xsupport lah sgt    
dlm dunia modelling.. tp lepas beliau tengok pencapaian didlm pelajaran juga ok.. baru beliau support saya! Alhamdulillah kan.. 

btw cite pasal ni.. behind the scene shoot dgn utusan ni, saya dimakeup oleh kak Anna Sha.. si pramugari yang makeup saya tau.. cntik sgt.. kalau B4 memang slalu dgr nama beliau tapi bila dapat makeup dgn beliau memang tersgt2 lah teruja! :) kak Anna Pro makeup saya memang sekejap je lah..tapi hasil sgt menawan ok! 

& saya shoot oleh Jefri Iran.. beliau dah berkerja dgn Utusan Mlysia lebih 30 tahun.. lama kan?lebih lagi dari umur saya.. tau x... saya hanya pose beberapa kali je dpn camera mase tu..memang ternyata Profesional gila beliau ni! 

saya shooting Utusan ni di Al-Rawsha Restaurant, KL... cik sarah hata pun shoot skali tau.. memang bulan lepas asyik berjumpa dgn die je.. :) hehe..

sarah memang suka snap pic dr atas.. dia yang ajar saya!
:p


sarah, kak bintu rasyada, ara
ni lah orang yang hubungi saya & ajak saya shoot untuk ruagan
ini.. thnx akk.. :)

Memang saya happy bila saya dapat share pengalaman saya dengan org lain...saya terharu sgt2! InsyaAllah.... Cerita mengenai saya akan keluar full page dalam Berita Harian pula.. Doakan saya ya.. thnx 4 support people.. ;)




16 comments:

  1. tahniah ara.....gudluck whatever u have done for

    ReplyDelete
  2. hai ara... saja jenjalan... ada masa jenguklah saya pula


    http://azzaazman.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam..ara...mcmane u start dulu jd model..cuz i xtau mcmane nk start...dh lame dh try... huhu

    zai..

    ReplyDelete
  4. wow..bestnya..tahniah ya dear..!! :D

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Cari peluang
    Rebut peluang
    Curi peluang...
    Mana satu yang betul...???

    Sebelum orang lain 'rebut peluang' ketika orang lain 'cari peluang' , anda telah 'curi peluang' dalam membina kerjaya. Syabas!

    Kadang kita tidak menyedari berkat dan doa usaha selama ini telah meletakkan diri kita supaya 'mencuri peluang' yang ada sebelum orang lain mendapatkannya.

    Meniti perjalanan kejayaan dalam karier dengan penuh sabar dan berhemah dan yang penting jalan mudah melatah dan beringat selalu..

    Selamat menempuhi kejayaan!

    ReplyDelete
  7. wahhhh...tahniah....best laa kak ara (:

    ReplyDelete
  8. tahniah ara !!semoga kejayaan sentiasa mengiringi mu...

    ReplyDelete
  9. wah x sangka ara kakak..hehehe tahniah kak ara ;)

    ReplyDelete
  10. ara sangat cantik ok..:)

    ReplyDelete
  11. hai ara. selalu nampak ara kat fkp. saya budak fst tapi slalu ada kelas area tu. everytime nampak ara, semua orang mesti pandang... yelah tinggi lampai kan?? cantik...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...