Monday, August 22, 2011

Hot Shawls !

Assalamualaikum...

Tinggal beberapa hari je lagi  kita nak menyambut bulan syawal. Oh macam mana dengan persiapan raya korang? mesti dah beli baju raya kan? Btw bagi yang berhijab mesti pening jenis shawl apa untuk digayakan raya ni? Maklumlah banyak gaya sekarang ni.. Tudung style Yuna, Hana Tajima , siti, and banyak lagi la, Baru2 ni saya ade shoot dengan tudung Ayu Cinta. macam2 style korang boleh gayakan tau. Kalau nak kan kelainan untuk raya ni korang leh dapatkan shawls dari  Ayu Cinta  :)

Cantik sangat2 shawl ni! :) Shawl Cotton Plain :)

pakai dengan Inner pun cantik :)

Shawl Aliya Exclusive ( Double corak & Sateen )
Shawl Mayeesa - kain ni besh bila pkai.sejuk je ;)
Shawl Aliya Exclusive ( Double corak & Sateen )
Shawl Mayeesa - kain ni besh bila pkai.sejuk je ;)

Pashmina cantik!
Banyak lagi shawls kat ayu cinta. So, kalau nak tgk banyak lagi boleh tengok di 
Blog Ayu Cinta and mungkin boleh Like Fan Page Ayu Cinta Skali untuk lebih update. :) 
Marilah kita lebih cantik di Aidilfitri :)

Monday, August 15, 2011

Pencarian Model Pesona Pengantin,Giffarine &Ulangtahun Pengantin


Assalamulaikum...

Entry kali ni tentang pencarian model untuk Majalah pengantin. Pencarian Model Pesona Pengantin bersama Produk Giffarine.  


Test shoot seramai lebih 50 org model. Saringan pertama pada bulan june, telah disenarai pendekkan kepada 21 org. Then next saringan pd bulan September.Pesona pengantin hanya memilih 12 org. Mari tengok gambar-gambar sepanjang event itu berlangsung di Karangkraff Shah Alam. 


Aturcara Majlis  
mine :)

my turn ;)

with my sayangs, arifah & farah zulaikha

Models 

With raihan & anyss
:)


November nanti final Pencarian Model untuk magazine pengantin ni. InysaAllah.  Doakan saya ya. :)

Sunday, August 14, 2011

ME & THE MODELS @ HELIZA HELMI BIRTHDAY PARTY

Assalamualaikum..

Me at Heliza Birthday Party. :)
Fashion Show Heliza Helmi Birthday Party dah lama berlangsung, bulan February yang lepas. Bertempat di Restoran Bora Ombak,KL.Event ni memang gempak la sebab banyak media yang hadir seperti Tv9 dan akhbar2 tempatan. Dah lama event ni berlangsung, but since da aktif blog ni, baru reveal event2 yang lepas-lepas. hehe. Kali ni saya memakai dress dari Yasalma Collection. Semua tau kan baju-baju dari Yasalma Collection semua meletop kan! xpercaya? Meh saya tunjukkan :)

Me & Ija . Dress by Yasalma
Sebelum show tu berlangsung Ija membuat sedikit ucapan and menyanyi. Beliau kan Birthday girl.Harus la membuat ucapan. Mase ni beliau menyanyikan lagu yang terbaru "Cuma Aku". Cute gila kan lagu tu. Mesti korang da selalu dengar kan? :) 

B4 rehearsal untuk event ni ;)
Sape xkenal si cantik jelita ni, Fatin Suhana :)

Catwalk Time!
Gorgeous outfit by Yasalma!
Pic after the show :

Me & Hilanny & Farah
With SarahHata
Heliza & family
Heliza &Models
With Hesty :)


Fatin Suhana Again. shes gorgeous!

:)

Again!wif fatin

peace! Comel gila kan budak berdua ni. Thanx Zul temankan akak sepanjang majlis ni :)

Shoot for newspaper :)
P/s :  Berharap untuk catwalk birtday artis lain. Thats my wish. hehe. :)



Saturday, August 13, 2011

Fashion Show Iraqi Cultural Night. Pak Arab memang sporting! :)

Assalamualaikum..

MESOPOTAMIA IRAQI CULTURAL NIGHT. 2 months ago, saya ada buat Fashion Show di Lim kok Wing. Thanx to kak syafa for the invitation. Here are the details.


Dress Sponsor by Yasalma Collection. So, dah nama nya Iraqi night,memang ramai la pak2 arab yang datang menonton show ni. Ni my first tyme buat show depan foreigner. Boleh dikatakan 90% show itu ditonton oleh Pak Arab ni. Yang nak dijadikan cerita mase we all models tgh buat runway sambil music arab yang dimainkan, Pak Arab ni bangun sambil menari2, bersiul and menyanyi mengikut rentak lagu. Itu menunjukkan mereka suka apa yang dia tonton tu. Bayangkan lah! saya yang atas pentas terkejut tapi buat runway macam biasa padahal dalam hati memang terkejut,  Maklumlah kalau orang melayu event macamtu mesti tepuk tangan je kan paling tidak. Memang berbeza betul budaya asing!

Yasalma Collections
Runway Fashion Show in Lim Kok Wing, Cyberjaya
Official Photographer, Heliza Helmi Production Sdn Bhd
Model howt, Vie khan
Back stage :)
The Entrance Hall
Some of the models before the fashion show
Howt sista,Vie khan!
Designer : Yasalma collections
& models :)



Saya, ADIRA, AINUL AISYAH, DAFI & HELIZA HELMI :)

Assalamulaikum.

Selalunya kalau saya pergi Fashion Show atau photoshoot biasanya akan berjumpa dengan artis2, para designer terkenal ataupun orang famous2 di Malaysia ni.  Dah ramai juga yang saya jumpa seperti Dato' Siti Nurhaliza, Dafi, Ainul aishah, Adira Af, Norin Aziz, Heliza Helmi, Fizz Fairuz, Erry Putra, Lisdawati & husband fauzi nawawi, Faezah Elai, Farah Af, Nabil, sharifah shahirah, radzuan radzwill dan ramai lagi lah. 

Mula-mula berjumpa dengan kelompok mereka ni, saya agak "jakun" ye. Maklumlah kadang-kadang kita berkongsi makeup room dengan mereka. Biasa shooting lama and ambil masa beberapa jam kadang2 seharian dengan mereka. Tapi bila dah hampir setahun dalam bidang modelling ni, saya dapat adapt "kejakunkan" saya tu. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa".hehe :) 

Biasanya bila duk sebilik dalam beberapa jam baru lah saya mengambil peluang untuk menengur mereka,maklum kadang2 kena berkerjasama dengan mereka, Ada diantara mereka yang sangat mesra,ada yang xbercakap banyak, ada yang bersifat "diva". Cuma kadang-kadang kita ni suka sangat judge orang kan. Bila saya jumpa depan2 dengan mereka, perwatakan mereka lain sangat dari apa yang diperkatakan jauh sekali dari apa yang mereka  lakonkan. Biasala, artis pun manusia biasa dan ada perasaan,hati juga. 

Here are some photos,
Adira 
Berjumpa dengan Adira di fashion Show pameran pengantin Shah Alam. She is really cute.

Ainul Aishah
Berjumpa semasa shooting untuk magazine Perempuan di Rumah Pak Engku. Bercakap dengan lembut je and of course shes gorgeous! :)

Dafi!
Dafi cute sangat. Rasanya tengok muka dia macam xberkelip. Ada lesung pipit yang dalam dan dia sangat mesra! :p

Aida Gadis Melayu
Patotla dia dinobatkan gadis melayu, penuh ciri2 sebagai gadis melayu, sopan dan lemah lembut. Ayu sangat muka dia :)

my sis Anna wif Ija
Heliza Helmi

Kali kedua berjumpa.Kali ini untuk Fashion Show untuk Birthday Party Heliza helmi. Ija pun sangat comel macam anak patung! ;)



Disini saya hanya berkongsi kehidupan sebagai seorang model and InsyaAllah next tyme saya akan upload pic dengan artist lain ya. :)

P/S : SAYA NAK JUMPA LISA SURIHANI! 



Friday, August 12, 2011

Pimple oh tidak! | Cara saya menanganinya. Memang terbukti berkesan!! ;)

Assalamualaikum..

Jerawat? alamak! Perkara yang semua orang tak nak kan. Haishh memang rase xsuka sangat bila jerawat ni timbul. Saya nak berkongsi apa yang saya pakai untuk membenteras gejala jerawat ini. macam memberenteras jenayah la pulak kan. heheee. Memang tak dinafikan bahawa saya pun ade jerawat jugak, tapi masih lg ok namun saya memandang serius terhadap gejala ni. Saya harus menjaga kulit sebab hampir setiap minggu ade photoshoot,lagi teruk kalau kena hari-hari shoot, lagi saya kena jaga kulit. Makeup photoshoot memang 4 5 inci. Kulit harus bernafas dengan sempurna kalau tak itu yang menyebabkan jerawat! Oh no no no. Nanti makeup tebal-tebal pun muka penuh jerawat. Sangat tidak cantik okeyhh.  

euwww2! Jerawat sangat tidak cool! carian En google.
Lihat. Kulit yang bersih memang cantik. My fren, Fatheen Nabila pengacara nasi lemak Kopi O memang beruntung kerana memiliki kulit yang putih, halus dan licin. kalau jumpa,memang geram tengok kulit die yang licin tu tau! memang cantik sgt beliau!

Kenapa Kita Harus memiliki kulit yang bersih? Yang pertama disebabkan Allah menyukai benda yang bersih dan cantik. Inikan pula makhluk2 nya. lagi lah, namanya manusia kan.Manusia suka sangat yang nampak bersih terutama yg cantik-cantik xkira lah lelaki mahupun perempuan.Bak kata pepatah, laki suka tengok perempuan dahi licin. alah.sebenrnya perempuan pun suka dahi yang licin.hehe! Lagipun kita akan lebih confident kalau kulit kita cantik halus mulus bukan. tapi bukan membangga!ehe

ok, back to the story, I started getting acne in middle school and now that i'm in university Alhamdulillah, xdela sangat jerawat yang teruk-teruk tu kan. Dulu saya main sport sebab tu tak jaga kulit sangat lagi pun waktu sekolah suka sememeh2 je kan. Mana lah tau kepentingan menjaga kulit ni. Now Cuma jerawat2 gatal yg timbul ade la sekali sekala datang menyinggah. Macammana kulit saya dah ok sekarang? 

Saya terangkan produk satu2 yang saya guna. Dah macam main masak2 pulak kan.hihi. Semua produk yang saya kenalkan ni memang saya guna ok! so, xtak de tipu2 ni..

Yang pertama,
Harus menggunakan product terutama facial wash yang serasi dengan anda.Anda harus ingat, tidak semua produk itu sesuai untuk setiap individu.Setiap kulit muka seseorang kan berbeza. So, anda kena mengenal pasti anda kulit jenis apa. 

Berikut adalah 5 kategori jenis kulit:
1. Kulit Normal
Jenis kulit normal ni jenis mudah atau senang dijaga. Jenis kulit ini tidak berminyak atau tidak kering. Beruntung kan kalau jenis kulit ni!
2. Kulit Berminyak 
Jenis kulit berminyak perlukan perhatian dan perawatan yang lebih. Jumlah minyak yang dikeluarkan oleh jenis kulit itu yang menjadikan jerawat
3. Kulit Kering
Jenis kulit kering juga memerlukan rawatan yang lebih seperti kulit berminyak. Kulit kering disebabkan oleh tidak cukupnya minyak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak, sehingga membuat kulit menjadi kering.
4. Kulit Sensitif
Kulit sensitif sangat mudah pecah. Penyebab yang sering menimbulkan masalah pada kulit sensitif adalah lingkungan, seperti debu, kotoran, matahari. Kulit jenis ni sangat sensitif pada persekitaran.
5. Kulit Kombinasi
Jenis kulit kombinasi dimiliki oleh banyak orang. Jenis kulit ini merupakan gabungan dari jenis kulit kering dan berminyak. Jangan terkejut ya, Anda boleh memiliki kedua jenis kulit tersebut, sebagai contoh, memiliki jenis kulit kering di pipi sedangkan hidung dan dahi berminyak.

Bila anda sudah dapat mengenal pasti jenis kulit, barulah anda gunakan product sesuai jenis kulit. Pentingnya facial wash ni kerena 1 hari kita mesti paling kurang 2 kali menggunakan facial wash. Cuba anda bayangkan jika anda gunakan product tidak sesuai, itu yang menyebabkan kulit menjadi tidak sihat! Tapi ingat masa anda membasuh muka,sila basuh dengan lemah lembut. Ini kerana kadang2 saya lihat ada yang membasuh muka seperti membasuh buntut kuali. Sangat tidak bagus! Kulit muka harus dibelai bukan dikasari kerana kulit muka adalah tempat sensitif. Wajah anda adalah aset utama anda bukan?

Bila anda sudah menggunakan produk facial wash yang sesuai dengan kulit anda, tapi masih mempunya jerawat, saya syorkan anda gunakan product ini.

Nampak tak ejaan produk tu. N-I-X-O-D-E-R-M. Nixoderm is for skin problems like Eczema, Pimples, Blemishes, Rash, Athlete's Foot, Ringworm, Scaling Skin due to external irritation.ok. Act product ni pun baru saya guna, my howt sista Anna yang kenalkan. Product ni bagi saya memang bagus! cara dia pakai di tempat yang ade jerawat je. jgn seluruh muka plak tau. Selain jerawat die boleh guna gatal,kurap ruam tau. Boleh gunakan pada waktu pagi and malam. Untuk kulit saya, memang berkesan la guna krim ni. :) lagipun harga nya sangat berpatutan. Boleh dapatkan kat farmasi, watson or guardian.

Krim anti jerawat safi
Saya pun menggunakan jenama Safi anti jerawat ni. Memang berkesan sangat. Harga memang sangat berpatutan. Lagipun jenama safi boleh dapat dimana je pun kan. 


Selain dari produk atau menggunakan perubatan moden ni, jerawat boleh dibenteras dengan perawatan tradisional. Tanyalah nenek moyang kita cara supaya nampak awet muda dan bebas dari jerawat. Pasti banyak tips akan diberikan. Kalau kite tak ambil tahu amalan tradisi. Rasa rugi sangat kan! 
Jerawat juga meninggalkan parut. Saya menggunakan produk yang hasilnya memang berkesan!

carian En google.


Scars are an integral part of the healing process and result from an over-production of collagen at the wound site. Scars go through numerous changes as they mature, but they are permanent in nature. Bio‑Oil is formulated to help improve the appearance of scars, but it can never remove them.Bio‑Oil should be massaged in a circular motion into the scar, twice daily, for a minimum of 3 months. On new scars, Bio‑Oil should be applied only once the wound has healed, and should not be used on broken skin. ( Results will vary from individual to individual. ) Memang tindakan berbeza setiap pada kulit seseorang, tapi saya gunakan hari2 memang kesan parut kurang.

Selain tu boleh la mengamalkan membasuh dengan air suam,bukan air panas ye? and bila bilas ucaplah dengan selawat. Hati tenang kulit pun xstress tau.

Selain tu memang betul kite harus minum air 8 gelas sehari sepatutnya. Dulu memang saya malas tapi sekarang memang saya paksa minum air bukan untuk kecantikkan je malah untuk kesihatan badan yang paling penting! makan sayur & buah-buahan bagi kulit yang cantik. Malaysia kan kaya dengan buah-buahan tempatan, kat mana-man pun boleh dapatkan buah. 

Akhr sekali nasihat saya kepada mereka-mereka yang cakap, ala,aku guna produk tu x berkesan pun, banyak faktor sebenarnya kenapa kulit jerawat. Cubalah pakai produk2 yang saya syorkan kan itu, pakai mestilah hari2 jangan malas untuk cantik.Serius , saya dapat hilangkan parut setelah setahun setiap hari memakai krim hilangkan parut.Lama bukan?menjaga kulit haruslah konsisten,bukan main2.Bila kita menjaga dengan betul baru lah dapat hasil yang sebenarnya, yang penting jangan malas.

Kalau anda punya jerawat tak hilang-hilang jugak kan. sila la rujuk kat Doktor kat klink. yang pakar kulit tau,jangan jumpa beautician yang nak cari untung ni. InsyaAllah. Apa2 pun kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada bukan? Cuma harus berusaha untuk nampak cantik kan.

Menjadikan diri sndri sebagai model. hihi. Tapi makeup yang cantik haruslah datang dari kulit yang cantik!
P/S : "Beauty is in the eye of the beholder" ;)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...