Thursday, August 11, 2011

Project X Annas Easkey Muslimah | 5th round project X Annas easkey with ME, FATIN LIYANA, IDA MANSOR, NONA JULIA & IENA MANSOR. :)

Hai Gud Morning Malaysia!
Hari ni saya nak Cerita Pasal Project X by Annas easkey. Sudah tentu anda semua kenal Annas Easkey kan, Si photographer yang Professional Oshem and now beliau dah banyak berkerjasama dengan Artis2 & desingar terkenal Tanah air. alah.korang pun tahu kan.kan. Sekarang Project X nak masuk 5th round and yes, Alhamdulillah I'm in for the 5th round. ;) Macam mana saya boleh masuk project X?
Superb!
Pic saya ni mase 1st mula2 saya jumpa dengan Annas untuk Yasalma Collection tak lama dulu. Gambar yang Annas shoot memang terbaik kan. Memang terpesona mata melihat. Kalau korang nak pic korang jadi cantik macam ni, grab this chance sebab sekarang Annas tengah buat Promosi! Ok, berbalik pada cerita macam mana boleh masuk Project X ni, mase nak balik dari shoot ni saya dengan xsengaja tanya Annas, macam mana dengan project x? Maksud saya untuk berbual untuk rasa tak kaku dengan beliau, tapi Annas cakap "ara cubalah hantar pic". erk. mase tu memang xtau masih boleh hantar pic untuk Annas pilih tok Project X nya. Masa malam tu jugak, saya hantar and xlama lepas tu Annas announce siapa yang dapat 3rd round.

3RD ROUND


Semua peserta Project X 3rd Round :
Ara Rara, Maria Elena Zarul, fifie ys suhaimi, Cik Epal, Siti Aisah, Myra Zainal, Iena Mansor, Ida Mansor, Nona Julia, Tini Zeliani, Zainatun Adilah, Babyfida Hadip, Nurainatul Syazni &Ayunnisa Rahman.

Behind the scenes 
Make up me done By Lin da
Ija pun datang untuk sponsor Tudung. Heliza Helmi Hijab. :)
Zaidatul Adila aka Luna. comel je dia nih. grrr :)
Fatin Liyana. :D
Maria!
Fatin,  ieyla, me, ida & aisah :)
Smua peserta project x & makeup team :)

Baju2 disponsor Oleh QOMA BOUTIQUE & KZNABIHAH
Tudung Oleh YASALMA COLLECTION & HELIZA HELMI PRODUCTIONM
Makeup yang cantik2 oleh IAN SHAM PROFESSIONAL MAKEUP ARTIST & TEAM
Photoshoot di WHOOP STUDIO


Dari 3rd round, Annas hanya pilih 10 untuk ke 4th Round! 
Alhamdulillah.. Saya JugaTerpilih! :)

4TH ROUND :
Maria Elena Zarul, Nona Julia, Ara Rara, Fatin Liyana, Zaza Omar, Ida Mansor, Ayunnisa Rahman, Cik Epal, Iena Mansor & Siti Aisah. 

Untuk Project ke4 ni kami telah dimakeup tanpa kening atas arahan Annas! Mesti korang pelik kan. Tapi pic memang terbaik. Ade je idea si Annas yang bernas. He is a very talented photographer. sangat! 

Tudung Oleh QOMA BOUTIQUE
Baju2 disponsor Oleh RNR COLLECTION & PASTELINA 
Photoshoot di THE SCOPE STUDIO 
Makeup yang cantik2 macam biasa oleh IAN SHAM PROFESSIONAL MAKEUP ARTIST & TEAM!
10 orang project X with Adriani Adnan & Najua RNR Collection.
Behind the scenes. macam2 gaya! :)
MAkeup itu seni. i loikee :)
iela, Zaza Omar , ME & Nona Julia without kening! hihi
ME & sis Nona. Pic mengedik 1. ouucchh!
Iela, Adriani,Me & Najua RNR
Cantik kan RNR COLLECTION & PASTELINA!

Dari 10 orang Annas pilih hanya 5 orang ke 5TH ROUND! ini adalah 5 orang yang bertuah itu :

ME, FATIN LIYANA, IDA MANSOR, NONA JULIA & IENA MANSOR. 

Thanx Annas kerana saya berjaya ke 5th round. *(now tengah berdebar untuk shoot yg ke 5 ni ) .hehe. Sudah pasti makin mencabar! Project X 5th round ni akan berlangsung lepas raya. Doakan saya ye kawan2. Teruskan menyokong Project X by Annas Easkey!
Assalamualaikum... :)

Sawadikaa.. Amazing Phuket! :)

salam you all! hai malam ni baru sempat nak upadate entri oleh kerana dari pagi-pagi tadi saya ada Shoot & interview with Metro newspaper so xsempat la nak update siang tadi. maaap dehhh.. hehe ^_^


Mula2 nak bagi amaran dulu..
sila jgn boring! Kerana saya tak nak spend masa yang panjang untuk membuat entry ni! hehehe.. Saya nak cerita vacation saya last month ke Phuket,Thailand. Ok.24 hari bulan August saya pilih untuk kesana. 24 hari ahad tau,sengaja saya pilih tarikh untuk percutian kali ni. Ada banyak sebab untuk saya pilih hari ahad. Well, sebab yang pertama of course la Phuket ni dikira tempat tumpuan seluruh dunia jugak la kan. so, untuk elak rasa sesak2 nanti saya pilih untuk datang ke Phuket Hari Ahad. 

Saya upload beberapa pic hari pertama saya di Phuket untuk tatapan semua. ceeewaaah.hehe.. 
A map of Phuket :) Menarikkan sgt tempat2 dia!
My Flight 4 pm time Malaysia. Dari Lcct ke Phuket mengambil mase 1 jam 20 minit. Owh.. Beza antara waktu Malaysia phuket lebih 1 jam awal dr malaysia. So, bila dah smpai airport phuket cepat2 saya tukar tyme phuket. Maklumlah tak nak la tersalah tyme plak nanti kan. Matawang plak dikira dalam baht.  Nak senang kira macam tu je lah-100 baht sama dengan 10 ringgit malaysia. 


Phuket View. amazing! beautiful places.
 Nampak tak cruise banyak2 tu. hee.besh ok
Pic diambil dari dalam kapal terbang, bukan ape permandangan pulau2 kat phuket ni memang syokk tengok dari atas! memang terbaik.apa2 pun kite kena ucap subhanAllah.. Indahnya ciptaan Allah kan. ;)
While I wait for my baggage :)

So sampai je kat Airport Phuket, saya keluar mencari my travel guide. Mase kuar dari arrival hall tu ramai la tangan2 duk memengang nama2, Masing2 memandang memangil takot2 kalau kite ni guest mereka.Lambai2 sikit buat macam artis popular kan.... hehe

Van Transfer from airport to the hotel
 It takes 40 minutes to get to the hotel .Lame and jauh jugak kan. Tempat Dituju ialah Patong Beach.Tempat Hotel saya :)




Kat phuket memang ramai mat & minah salleh. rasenya penduduk tempatan sama banyak dengan diorang nih. Maklum la diorg kan suka sgt negara panas dan suka sangat berjemur.



'Hard Rock Cafe' di Phuket
 Sebelum hantar ke Hotel, My travel guide sempat pusing 1 town Patong beach ni supaya mudah saya untuk jalan kaki untuk mencari barang keperluan. n then ternampak la Hard rock cafe Phuket!

Ibis Phuket Patong, Thailand 2011

Sampai je kat Hotel, perut rasa lapar sangat then decide untuk letak barang semua and keluar cari makan sebab lapar sangat! Bila da berjalan beberapa minit terjumpa la kedai Thailand-Malaysia. Nasib baik masa naik van tadi travel guide ade tunjukkan kedai2 halal yang boleh orang Islam singgah. Maklumlah memang di phuket ni kebanyakkan nya Non-halal. xnak la makan yang hareeem kan. hehe. Then terus decide untuk makan kat sini. 


Memang tak dapat dinafikan lagi memang sedap Tomyam Thailand. memang ade Ummmphhh! Memang pure habis. Juice die memang sgt2 sedap. Sampai sekarang pun tak da tomyam kat Malaysia boleh lawan Tomyam kat kedai "KUSUMA" ni.


Booth Agent Patong Beach, Phuket
Sampai pun dah lewat malam, so saya terus pergi ke booth agent untuk ambil pakej untuk aktiviti keesokan hari nya di Phuket ni. Nak tau pakej apa yang saya ambik, kena la baca next entry hari ke2.. Sekarang saya dah penat sebab 1 hari shoot outdoor di PNB Darby Park penat sangat rasanya, so saya harus berhenti dlu.. Jumpa lagi ya. Assalamualaikum ... :)



Tuesday, August 9, 2011

Phuket? Memang Phuket. bukan London ye ara! :)

Hi, Gud Afternoon Every Body! Now, nak sambung entry yang semalam (LONDON OR PHUKET) .. Yang saya memenangi 1st Place dalam pertandingan Fashion Muslimah & hadiah nya ialah Percutian ke LONDON. Wah memang excited la kan! Tapi xde rezeki Sponsor tukar hadiah 2 hari sebelum Contest tu diadakan. kejam sgtttt... sedih tauuuuuuuuu ;( hukhukhuk. Memang X dapat la bercuti ke London. So hadiah Pertama adalah ke...... PHUKET! Apa2 pn kite kena bersyukur la kan sebab rezeki tu Allah yang bagi. Mungkin next tyme Allah bagi hadiah lebih besar ke kan....kan? InsyaAllah. Amin.. ;)

Here are some pictures from the event...

 Intercontinental Hotel Kuala Lumpur
. B4 the event :)


Tadaa! saya dapat Hadiah. 1st Place for Fashion Muslimah. Alhamdulillah :)

Nampak x sy kt tgh2 tu. heee.. Baju biru tu Model famous amos Hilanny Hidzir :)


Heliza Helmi pn dtg tau .. mase show tu xtau pn Ija datang.then bila da habis event Ija ckp " congrats ara". thank you ija :)



Rina Sallleh Winner of Gadis Melayu 3. She's cute kan*



Some of the models before the fashion show. cntik2 kan semua!



Hall - 49th World Congress of Intergrated Medicines.  





center Me, left 2nd Place & right 3rd place. owh tempat ke 2 dpt iphone4 & ke3 ipad 2.besh kan :)




My howt sista :) Anna
Esok sy update plak cerita pasal percutian saya ke Phuket. Pemandangan kat PHUKET memang terbaik.& saya pergi slh satu pulau yang pernah Leonardo Dicaprio berlakon dalam film "the beach" kat sne tau... till then.

see you tomorrow! salam ;)

LONDON or PHUKET?:)



Assalamualaikum. Hai semua. Dah lama rasenya kan sy xupdate. Saya tengah cuti semester. Cutinya start dari awal bulan 5 hari tu la pon.  Cuti just buat kerja part time je(modelling). Most every month saya akan ulang alik dari Pahang ke Nilai.   InsyaAllah right after this, saya akan update blog hari2 smpai korang jemu.hehe!

Okey.. This time nak cerita yang saya menang Pertandingan Fashion Muslimah.


 Walaupun event da lepas, tapi saya still nak update. Baru2 ni saya da pergi phuket, memang seronok, sebab semua nya sponsor kan. :)

Bermulanya saya terbaca status di wall Fb kawan saya, Sarah hata Berbunyi begini...(status boleh bunyi ke?hihi.) " Pertandingan Fashion Muslimah sempena Hari Kongres Sedunia Perubatan Komplimentari di Hotel InterContinental Kuala Lumpur 19Jun jam 12.00tgh.Hadiah menarik menanti anda! PERTAMA pcutian ke London,KEDUA pcutian ke Bali,KETIGA pcutian ke Phuket,KEEMPAT Komputer Riba,KELIMA Galaxy Tab,DUA saguhati akn menerima wang tunai RM200 bserta hamper. Terhad kpd 20org model.Baju&Makeup sndiri." kelassss kan hadiah die. huhu.

Bila saya terbaca hadiah pertama percutian ke LONDON. saya memang agak excited. Siapa je xnak kan pergi London. Lepas tu plak ade galaxy tab, iphone 4. cash lagi..huhu!Apa salahnya mencuba nasib kan?

Saya dapat mesej hari khamis and contest ni hari sabtu. Lepas tu saya terpana pikir nak pakai baju apa ni??? Dah nama muslimah kan! Apa2 masalah pun saya mesti share cerita ngan adik. Adik saya yang howtt tu. Howwt tau, Anna Lee.

Me : Nak pakai baju apa ni? Xde baju la.. Nak cari sponsor pun macam segan je..
Anna :Ala, mintak jela sponsor..Kot ada yang nak bagi..
Me : ermm.. Xnak la.. Aku segan la nak mintak, bukan femes pun nak mintak sana sini..
Anna : Try je la.. Mana tau kan...
 last2 saya decide nak pakai baju sndiri je la..senang! huhu

Then, malam jumaat tu saya mix & match kan baju and apa yang ada je..

Contest ni bukan calang-calang orang yang join.. Model kesemuanya 30 orang, termasuk saya. Yang famous amous eg. Rina Salleh, Sarah Hata, Hillany Hidzir, Safura, Zaza Omar and ramai lagi.  Alhamdulillah saya menangi tempat pertama dalam contest ni.. Sangat xsangka sebab saya yang paling simple!!



Nampak x saya kat tengah2 tu? ni b4 event :)

So, percutian ke London kah? Ok, next entry nanti saya akan cerita kan lebih lanjut siapa dapat iphone, ipad, galaxy tab n cash and segala ok!
See you :)




Thursday, May 5, 2011

ARA IN THE MEDIA - BERITA HARIAN

ARA IN THE MEDIA - BERITA HARIAN

KHAMIS, 05/ 05/ 2011

Assalamualaikum.. 
Hai semua.. lama saya xmenuliskan. yelah.. saya baru je habis exam and tak sempat pun nak rest! terus packing barang untuk camp for 3 days. Still xcukup tido pun. 2 minggu "berperang " dgn final then 3 hari masuk hutan. .uuu... Alhamdulillah. semua nya ok :) 



Kalau sebelum ni cerita saya di MINGGUAN MALAYSIA , kali ni di Berita Harian pula. Teringat pula mase mendpt call dr Berita Harian. rase happy sangat terutama bila wartawan Berita Harian, Mohd Fakhrurazi sendiri yang nak datang tempat saya ( Campus ) untuk shoot & interview. Maklumlah kalau sebelum ni even interview or shoot dari mane2 mesti kite yang kena pergi tempat dia kan. So., this time saya tanpa memikir panjang bersetuju untuk di interview. Kalau sebelum ni dalam Mingguan Malaysia article agak pendek mengenai saya kali ni memang panjang. nak dikatakan biodata pn boleh! haha. *segan


Here is the full article..




Peragaan sekadar hobi Farah Najwa
Oleh Mohd Fakhrurrazi Ahmad Usuldin
2011/05/05



BERPENAMPILAN menarik, dan meminati seni menggayakan tudung menjadi titik tolak beliau terjun ke bidang peragaan ketika masih belajar. 

Pemenang tempat kedua Pencarian Model Fareeda 2011, Farah Najwa Zulkifly, berkongsi pengalaman menceburi bidang peragaan yang tidak pernah diimpikan selama ini dan mengakui bukan mudah menceburi bidang yang penuh cabaran ketika masih belajar.

Hadir mengenakan jubah polos dan bertudung litup cukup menyerlahkan keayuannya, apatah lagi raut wajah lembut serta tutur katanya yang tersusun sepanjang sesi temu bual meyakinkan penulis gadis berasal dari Pahang ini penuh ciri kelembutan serta bersopan santun.



Namun siapa sangka keayuan mahasiswa Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu sebenarnya dulu seorang yang pemalu dan aktif bersukan ketika di bangku sekolah serta jauh berbeza dengan personalitinya kini. 

Menceritakan pengalaman terbabit dalam bidang peragaan khususnya tudung dan busana Muslimah, beliau sekadar mendaftar menyertai pertandingan Pencarian Gadis Melayu Musim ketiga terbitan TV9 pada 2010 dan tidak menaruh harapan tinggi. 

“Pada awalnya saya sekadar suka-suka saja, tetapi tidak sangka pula tersenarai sehingga ke ‘Top’ 23 pertandingan itu. 

“Bermula dari situ saya memberanikan diri menceburi bidang yang penuh dengan cabaran dan menuntut komitmen tinggi,” katanya. 
Terbaru, beliau memenangi tempat kedua dalam pertandingan Pencarian Model Fareeda Kosmo 2011, Mac lalu bagi kategori bawah 40 tahun dan memenangi RM2,000, lima helai tudung Fareeda bernilai RM1,000 serta ditawar kontrak menjadi model tudung Fareeda selama setahun. 

Hampir setahun membabitkan diri dalam bidang itu, Farah mengakui lali dengan sepak terajang dunia peragaan yang terpaksa ditempuhi serta menjadikan penyanyi Heliza Helmi sebagai idolanya. 

Katanya, walaupun bidang itu penuh dengan cabaran, beliau tetap gagahkan diri memandangkan pengalaman yang diperoleh tidak semua orang mendapatnya. 

Ditanya mengenai penerimaan keluarga, beliau akui pada awalnya keluarga agak terkejut dengan keputusan memasuki pertandingan Gadis Melayu, tetapi setelah diterangkan mengenai pengalaman yang diperoleh barulah mereka menyokong penuh minat barunya itu. 

“Keluarga membenarkan saya menceburi bidang ini dengan syarat tidak mengabaikan pelajaran dan sentiasa menjaga batas-batas sebagai seorang Muslimah. 

“Akademik sentiasa menjadi keutamaan saya kerana cita-cita saya menjadi seorang kaunselor tidak pernah padam,” katanya. 

Bercerita mengenai bidang pengajiannya, Farah mengakui kaunseling ialah satu bidang yang menarik kerana dapat memahami seseorang itu bukan saja dari segi luaran (tingkah laku), malah dalaman (emosi). 

Ilmu yang diperoleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam melayani kerenah industri itu yang menuntut komitmen serta kesabaran yang tinggi. Walau sesibuk mana sekalipun, Farah tetap mengutamakan kuliah dan hanya mengambil tawaran pada hujung minggu dan cuti semester saja. 

"Minat terhadap fesyen menyebabkan saya amat pentingkan penampilan diri. Tidak kira sama ada ke kuliah atau keluar bersantai dengan rakan, saya akan pastikan baju atau kasut yang sesuai untuk tampil kemas dan bergaya. 

"Pernah saya ditegur rakan apabila memakai tudung berfesyen ke kelas kerana bagi pelajar USIM, penampilan sebegitu dianggap 'janggal'. Majoriti pelajarnya lebih suka tampil dengan imej santai. Bagi saya, itu hak masing-masing," katanya. 

Bergelar pelajar, Farah sering memanfaatkan peluang di universiti untuk meraih seberapa banyak pengetahuan dan kemahiran sebelum memasuki dunia kerjaya. 

Selain aktif menyertai aktiviti di USIM, Farah turut menjayakan beberapa pertunjukan fesyen dan sesi fotografi untuk majalah sekitar ibu kota seperti butik busana muslimah Yasalma Collections, Yanti Collections, Elly Sofea Collections, Mingguan Wanita, dan beberapa lagi. 

“Nasihat saya kepada rakan lain, belajar dan sentiasa tingkatkan kemahiran insaniah ketika berada di universiti kerana ia tempoh terbaik untuk kita merancang kehidupan yang lebih baik pada masa depan,” katanya. 



PROFIL 

Farah Najwa Zulkifli 

Tarikh lahir: 1 Oktober 1987 

Asal: Kuala Lipis, Pahang 

Hobi: Membaca, menyertai aktiviti lasak dan melayari internet 

Pendidikan: Diploma Syariah, Kolej University Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) 

Pencapaian: Tersenarai Top 23 peringkat ke-3, pencarian Gadis Melayu Musim ke-3 TV9 2010, Pemenang tempat Ke-2 Pencarian Model Tudung Fareeda 2011 kategori bawah 40 tahun. 

penat kan nak baca? Gigih betul wartawan nak tulis tentang saya. Segan pun ade.hehe.. Ape2 pn credit for the interviewer. Thanx a lots Razi kerana sudi interview saya! Apa yang diceritakan  ni memang apa yang fikir dan rasa.. Ramai yang tanya jugak. Ara kenapa gambar x cantik? bukan apa, saya yang diminta oleh Razi supaya tampil natural & without heavy makeup... :) 


Saya bersyukur sebab saya xpernah mimpi apa yang terjadi terhadap saya sekarang ni. Itulah, kita boleh merangcang tapi Allah yang tentukan :) Doakan saya ya kawan2 ;D


sekian tuk kali ni. nk tengok movie pulak! nanti jumpa lagi ya. bye2 ;)

Tuesday, April 12, 2011

Cover Story in Mingguan Malaysia newspaper

AHAD, 10 APRIL 2011
CITRA WANITA

Klik sini : Mingguan Malaysia


hallo semua.. :) Dalam tahun ni banyak kegembiraan yang saya rasa! sedia maklum Ahad lepas ara ada keluar dkat Mingguan Malaysia bahagian Citra Wanita.. kalau sebelum ni saya hanya keluar Tv/ mag/ paper hanya mengayakan busana @ rekaan as a model tapi kali ni pasal life saya! OMG! memang xsangka dapat 1 full page cerita pasal diri sendiri.. Alhamdulillah.. teringat masa dapat panggilan dari Utusan, dari Kak Rasyada A.Rahman ..bersyukur sgt rasa!

here, yang betol page penuh..yang atasan cuma utusan online


Ara jadi pendengar setia


PEMILIK nama penuh Farah Najwa Zulkifly pernah menggenggam cita-cita untuk bergelar peguam. Justeru peluang melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang syariah dan undang-undang di Kolej Univeristi Islam Selangor tidak disia-siakan.

Namun mungkin sudah tertulis, rezeki si cantik manis yang berasal dari Raub, Pahang ini bukan pada bidang guaman. Selepas menamatkan pengajian diploma, nalurinya lebih terarah untuk bergelar kaunselor atau pakar motivasi pula. Lantaran merasakan profesion itu amat cocok dengan dirinya, Ara tidak teragak-agak untuk melanjutkan pengajian kaunseling peringkat ijazah di Universiti Sains Islam Malaysia.

"Saya melihatnya dari sudut positif. Bagi saya, menjadi seorang kaunselor sangat mencabar. Bukan senang untuk membantu menyelesaikan masalah dan menaikkan semangat seseorang.

"Kita perlu menjadi pendengar yang setia dan mendalami permasalahan orang lain sebelum membantu mereka menyelesaikannya," kata wanita berusia 24 tahun itu.

Memiliki sepasang mata dan senyuman menawan, Ara masih lagi dibaluti kegembiraan selepas dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua Pencarian Model Tudung Fareeda - Kosmo yang berlangsung baru-baru ini.

Baginya kejayaan tersebut menjadi dorongan kuat untuk terus mengejar impian. Penglibatan dalam bidang peragaan juga katanya menambah keyakinan dalam diri untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya kelak.

"Dulu sebenarnya saya sangat pemalu dan tidak pandai membawa diri terutama di hadapan khalayak. Namun setelah menyertai dunia peragaan, keyakinan mula datang secara perlahan-lahan dan kini saya tidak gementar lagi," katanya.


KITA PERLU MENJADI 
PENDENGAR YANG SETIA
DAN
MENDALAMI PERMASALAHAN 
ORANG LAIN SEBELUM 
MEMBANTU MEREKA
MENYELESAIKANNYA
FARAH NAJWA ZULKIFLY


Pagi Ahad tu ma dgn abah msg.. msg2 teruja.. kalau b4 ni terus trg nak ckp memang ma saya xsupport lah sgt    
dlm dunia modelling.. tp lepas beliau tengok pencapaian didlm pelajaran juga ok.. baru beliau support saya! Alhamdulillah kan.. 

btw cite pasal ni.. behind the scene shoot dgn utusan ni, saya dimakeup oleh kak Anna Sha.. si pramugari yang makeup saya tau.. cntik sgt.. kalau B4 memang slalu dgr nama beliau tapi bila dapat makeup dgn beliau memang tersgt2 lah teruja! :) kak Anna Pro makeup saya memang sekejap je lah..tapi hasil sgt menawan ok! 

& saya shoot oleh Jefri Iran.. beliau dah berkerja dgn Utusan Mlysia lebih 30 tahun.. lama kan?lebih lagi dari umur saya.. tau x... saya hanya pose beberapa kali je dpn camera mase tu..memang ternyata Profesional gila beliau ni! 

saya shooting Utusan ni di Al-Rawsha Restaurant, KL... cik sarah hata pun shoot skali tau.. memang bulan lepas asyik berjumpa dgn die je.. :) hehe..

sarah memang suka snap pic dr atas.. dia yang ajar saya!
:p


sarah, kak bintu rasyada, ara
ni lah orang yang hubungi saya & ajak saya shoot untuk ruagan
ini.. thnx akk.. :)

Memang saya happy bila saya dapat share pengalaman saya dengan org lain...saya terharu sgt2! InsyaAllah.... Cerita mengenai saya akan keluar full page dalam Berita Harian pula.. Doakan saya ya.. thnx 4 support people.. ;)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...