Monday, November 5, 2012

Kisah Cosmoderm : Kerana diriku begitu berharga

Assalamualaikum..

Alrighty! Hands up whoever has tried Cosmoderm products?

                         


Ya, saya pengguna Cosmoderm!*Semangat angkat tangan sendiri.heheh.:) Ceritanya begini.. Disebabkan saya selalu di set shooting @ menungggu di backstage runway menjadi routine, saya telah  terdedah dengan makeup yang sangat lama, kulit saya became much drier. Jadi serba tak kena untuk memilih produk yang sesuai. Memang sedih pabila kulit menjadi suram.Sobss. Satu hari saya nampak produk Cosmoderm ni kat rak bersama dengan jenama yang lain. Rupanya my mum baru je beli this produk kat farmasi tadi. Jadi nampak macam bagus, now selepas 2 kali stok pengggunaan Tea Tree Oil Facial Cleanser with Vitamin E habis, kulit saya lebih2 baik dari sebelumnya. 

Satu hari pihak cosmoderm menghubungi saya untuk menjadi Jurucakap online untuk produk mereka, jadi saya berani memikul tanggungjawab sebab saya sendiri pengguna cosmoderm.*True story. Macam tak dapat bayangkan bahawasanya dalam beberapa bulan memakai Cosmoderm, tibe2 product yang dipakai dengan semangatnya setiap hari, untuk menjadi ahli keluarga mereka. Kira macam unexpected rizq kan? Alhamdulillah. Thanks Cosmoderm! :) 

Now Cosmoderm menggeluarkan satu set untuk kulit kering dan sensitif iaitu, Gentle series set. 

                         

Dalam gentle series ni ade 4 items :
* Q10 Gentle Milky Foam Cleanser
* Q10 Gentle Toning Lotion
* Q10 Gentle Day Moisturiser
* Q10 Gentle Night Moisturiser 

 
Memang sesuai untuk saya, sebab saya memiliki kulit yang sangat kering dan tak boleh menggunakan sebarang produk. Dry skin requires special care. Jangan tersalah anggap sebab dengan kulit kering wanita boleh menampakkan lagi tua,kusam dan become worst adalah menjadi sensitive skin. Hell no! Biiznillah, Kulit saya semakin berseri sekarang :) 

Kenapa saya yakin dengan Cosmoderm?

1. Produk yang halal. * Mencari yang HALAL adalah perkara yang wajib dituntut bukan? 
2. Telah disahkan selamat dari penggunaan haiwan dan juga bebas dari chemicals. 
3. Yang pasti nya buatan Malaysia! *bangga!

Me with Gentle Series

* Q10 Gentle Day Moisturiser
Wajib pakai untuk kelembapan 

Cosmoderm kesayangan saya wajib bawa apabila : 

While travelling


Selepas di set shooting
Untuk mendapat makeup yang cantik perlu dari kulit yang sihat dan berseri

Bila berpanas begini. :D

Berita baik buat anda, anda boleh dapatkan free sample dari Cosmoderm. Memang tak rugi dapatkan sample percuma. Empat items di dalamnya. Dahla besar2 ok, Anda boleh rasakan perubahan kulit anda.Anda boleh berjumpa dengan saya untuk dapatan sample percuma ini @ emailkan untuk dapatkan sample percuma ini ke ara.gegurl@gmail.com. Sape2 je boleh email kepada saya ok! Siapa tak nak free memang rugi kan? Thank you mak kerana memperkenalkan jenama ini kepada saya. :)

Ketahui lebih lanjut : Official Cosmoderm Facebook Fan Page.www.mycosmoderm.com 
                                                                        
Akhir kalam,
Selamat malam semua, Assalamualaikum. :)

Monday, September 17, 2012

The Most Adorable Cat : Yuuki Moora :)

Assalamualaikum

P/s :  Kalau anda baca apa yang saya tulis anda akan terasa nak jumpa Beliau :)

Bukan jumpa saya,
Jumpa yang sebelah saya ni :)

Bila da masuk sem baru ni, rasa rindukan rumah sendiri. Rindukan kucing-kucing sebenarnya. Eheh. Sy ni cat lover. Ade 20 semuanya! haaa.banyakkan? Dulu tidaklah sebanyak ini. Sedar tak sedar dah bertambah. Sesetengah orang tak sukakan kucing sebab mengatakan kotor dan najis. Salah tanggapan anda tu. Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza. Pernah suatu hari Nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Indahnya akhlak nabi kan? Sesetengah kita pula bagaimana sekarang melayan kucing??

Dalam banyak-banyak ni, ade seekor kucing betina, nama die Yuuki Moora*, da nama macam jepun pulak padahal breed siberia. Semua tu leh tanya tuan Yuuki, my sis Anna yang punya.  Anna beli mase Yuuki umur 3 bulan. Yuuki dikira penghibur dalam keluarga. Bukan saja ada muka yang comel, tapi perangai pun memang comel sangat!


Me & Yuuki.
Look into her gold eyes :D

Korang pernah menonton Hachiko tak? Kisah benar anjing yang sangat sayangkan tuannya.Hachiko setia menunggu setiap hari dipusara setelah tuannya 9 tahun meninggal dunia mengharapkan tuaannyaa berjumpa dengan die semula. Itu anjing,Ini kisah Yuuki! Yuuki ni walaupun Anna yang punya, dia paling sayangkan Abah. Rutin harian Yuuki, setiap hari sebelum subuh sekitar jam 5 akan kejutkan abah bangun subuh. Cara die akan kiss muka abah sampai abah bangun. Setiap tiap hari macam tu, anda boleh banyangkan x? Pernah satu hari abah tau Yuuki akan kejutkan die, abah pura-pura xbangun dan tutup muka supaya yuuki xkiss, tapi die gigit telinga abah. Tak pun, kalau abah tetap tak bangun die da puas kejut xbangun2,Yuuki akan tido kat leher abah. Hahaha. Ade je cara die! Yang pasti Yuuki akan pastikan abah terbangun sebelum subuh. Maksudnya abah dah xperlukan jam untuk bangunkan die dan memang abah xtak akan terlepas subuh.Bayangkan setiap hari korang!


Tiap kali orang solat,memang die suka sangat kacau. Tempat main point, duduk tengah2 tempat orang sujud. Selalunya die akan duduk kat situ,pandang muka orang solat tu, Saya pun selalu Yuuki buat macam tu. Bayang kan jela pandang ke kita dengan mata die yang bulat tu! Kadang-kadang tu rasa lucu,nak marah pun ade, sebab memang setiap kali nak solat die akan datang pada kite ni.Pernah ade satu hari, abah solat die xduduk tempat kite sujud tapi  die tunggu sampai abah duduk tahiyat akhir, bila tahiyat die panjat atas bahu abah, tangan atas bahu kanan, kaki atas bahu kiri,sampailah abah habis solat. Takpun selalu masuk dalam kain telekung @ kain pelekat abang waktu kami solat. Memang waktu die kacau time solat. Memang macam tu perangainya.

Haa. Macam ni la Yuuki tengok time solat, duduk atas sejadah tengok je.
Mata da la bulatt. Agak2 reaksi korang camne kalau Yuuki tengok korang
macam waktu solat? Agak2 batal x solat korang?
Lucu ke nak marah nih? :p

Memang suka menggoda*
haishh die ni

Yuuki memang terlalu sayangkan abah, kalau abah duduk mesti Yuuki akan duduk sebelah, kalau abah buat tak tau dekat die, die tengok je merenung je muka abah tu lame-lame. Yuuki suka sambut abah balik kerja, pantang abah panggil,memang terus datang. Die suka sangat bau abah, kalau abah tanggal baju die,mesti die akan pergi bau baju abah tu lama2. Ada sekali tu, abah ade beli jam tangan baru, Yuuki boleh jatuhkan jam tu dari meja, Abah kate, tak pelah Yuuki tak sengaja. Dan ade sekali kami family nak makan, Yuuki melompat masuk dalam pinggan lauk, abah cakap, takpelah Yuuki tak sengaja. See! Yuuki memang selalu tak sengaja kan.sambil bulatkan mata muka kesian kat abah*

Yuuki ni betina,muka manja sangat, mata bulat macam puss in boots! Yuuki memang suka orang datang rumah, kalau ade tetamu yang datang, die akan berlegar-legar, lompat2 kat ruang tamu tarik perhatian orang. Kalau tetamu tu pegang die, memang die ambik kesempatan kiss orang tu, terutama kalau tetamu tu handsome,lagilah! haishh..apela yuuki ni. Dah ramai tetamu jadi mangsa kiss Yuuki ni, Kalau korang pun nak jadi mangsa mehla datang rumah! haha


Selepas abah, orang die sayang mestila tuan die,Anna. Kalau abah takde then Yuuki akan bermanja dengan Anna. Kalau dengan Anna die suka duduk and tido atas dada. Anna suka main dengan die satu permainan. Anna berselimut tebal, dan panggil nama die dengan nada yang cemas, kalau Yuuki dengar die akan cepat2 akan nak masuk dalam selimut tu.Setiap kali Anna buat macam tu die pasti akan datang konon2 nak selamatkan Anna yang lemas tu.  Cehhhh. Pandai berlakon! Pernah ade sekali, bilik saya off light, Anna selimut dah tidur, saya yang berjaga lagi. Tiba2 Yuuki naik dan lompat atas dada saya, saya biarkan je, die tengok muka saya die terkejut. Die sebenarnya nak duk atas Anna! Memang kelakar gila tengok muka Yuuki yang terkejut tu. Saya memang tau die tersalah ingatkan saya Anna. Hahaha. Memang kelakar!

Oh hobby kami mmg suka bergambar :p
YYuuki akan manja dengan saya, bila Anna dan abah tak de kat rumah, Saat tu la die akan ikut dan baring dekat saya. Banyak sangat perkara yang menarik yuuki ni.Gambar sikit yang boleh saya upload sebab gambar yang lain, semuanya kat rumah. Kat dalam handphone semua pic saya dan Yuuki jelah :p. Sampai sini saja kisah Yuuki kali ni, Gambar dengan abah takde, Nanti sy cuti balik rumah mintak snap abah & Yuuki ok.  haaa macam mana dengan Yuuki? Comelkan! Nah video Yuuki! :)


Actress utama :Yuuki Moora
Pelakon tambahan :Wulan 
:p

Friday, August 3, 2012

Selamat berpuasa :)

Assalamulaikum..

Lebih tiga bulan saya tak update entry baru. Sempena saya sudah ada lapang masa baru habiskan pra-praktikal dan bercuti selama 2 bulan, tak terlambat rasanya saya untuk mengucapkan selamat berpuasa untuk semua. Harini saya nak balik kampung, di raub Pahang, Tapi sebelum tu rasa rindu teramat untuk singgah di blog sendiri. Walaupun entry kali ni pendek dan ringkas, pujian untuk diri sendiri sebab berjaya menghidupkan kembali blog ni. *muka riak bangga, tepukan untuk diri sendiri. hehehe.

Dah tak lama je lagi raya kan? Jadi kepada gadis2 dah ade baju raya? Yang xsempat tempah tu boleh la ke Najjah boutique.  Here, gambar shooting bulan lepas untuk Majalah Wanita dan Nur :)

 Shooting dengan cupcakes yang comel tu, dan air merah tu
kena  menguji kesabaran saya sikit.
Tak pe, berapa jam je lagi nak berbuka puasa kann? hehe


Pose yang pelbagai.
Bajet ANTM versi muslimah :p
Nampak x?
Ceriakan syawal mu. Malas nk ckp lagi. mmg bju dress Najjah smua cantik2.
Memang curlass klu pkai waktu raya nnti.


ok, kalau saya pinkan selendang Najjah mcam ni ok x? ;)

kalau shooting msti nk feeling2 die ni.
haishh
                                  
Akhir kalam, Saya akan update banyak lagi entry, kerana banyak yang ingin kongsikan bersama semua InsyaAllah. Jumpa lagi minggu depan, saya balik kampung dulu, bye! Assalamualaikum ;)
















Sunday, May 13, 2012

Keluarga & Nur Mag :Princess Makeup :)

Assalamualaikum

 Sunday as a day of rest. Satu hari ni saya duduk meluangkan masa di rumah dengan menonton movies untuk self treatment,and Skype Whatsapp Fb Twitter Instagram Viber dengan kawan-kawan. Memang seronok dari hari biasanya! Besok mestinya menjadi monday blues. :( Kalau boleh hari-hari nak cuti kan, tapi hidup mesti realistik,Minggu ni agak busy jugak... Exam isnin, selasa show di Istana budaya, rabu shooting di NSTP, khamis shooting untuk Mag Nur, jumaat ke kuliah lg dan weekend kembali. Sekejap je masa akan berlalu kan! Rabu dan Khamis saya akan shoot untuk Butik Najjah. Tau x sape owner Najjah? Farrah Adeeba pengacara NLKO TV9 and makeup artist Awen Seindah Wajah, they are the owner of the boutique. 


Alhamdulillah, Kak Farrah dan Kak Awin pilih saya salah seorang model untuk keluaran akan datang Keluarga dan Nur Magazines. Specialnya kali ni shooting ni theme ala-ala inggeris. Kak Awin yang sememangnya makeup artist yang hebat telah menukarkan wajah Asia saya ni menjadi English Muslimah girl. I'm super excited nak tunjuk di sebalik tabir shooting hari tu.


Feeling like a princess :p


Me & Jasrina Jasni


Me & beautiful shabana


Beautiful girls :)


With Kak Farrah & Kak Awen
Photoshoot outdoor hari tu dengan backdrop yang sangat inggeris. Dengan Buaian dan permandangan yang mengasyikkan. 
Tunggu nanti Majalah keluarga dan Nur akan datang  :)

Tuesday, May 8, 2012

Terima kasih menghargai saya .



This post is dedicated to all those out there
 who appreciates me.
 Beberapa link belog yang menceritakan tentang saya.

Entry Ben Ashaari -



Entry Ping busuk - 


1st link tu di ruangan Ben Ashaari. Kenal Ben Ashaari ni bila kami sama2 menjadi 
panel di talkshow Gen-Y RTM TV1. InsyaAllah rakamannya akan keluar
 dua minggu lagi. Yang paling terkejut kerana entry ke 4 tu sy antara 19 blogger tercantik, 
masakan saya sendiri mmg jarang update blog. Apa2 pun saya nak ucap terima kasih kepada 
semua readers yang sudi menjengah ke sini :)



Selamat Malam semua :)
Assalamualaikum..


Kali ke tiga saya dipanggil ke udara untuk rancangan yang sama. Dalam bulan-bulan yang lepas agaknya, saya ke Studio Wisma satu RTM TV1 fashion show untuk Talkshow Apa Kata Wanita. Saya Gayakan Dress dan Cardingan dari Najjah Boutique. Model bersama dengan saya hari tu Jasrina Jasni, Fatheen Nabila & Nadia Natasya. 


After makeup
Dalam Studio b4 show 


audience



Siapa kenal Wanita jelita di belakang sana? Beliau adalah usahawan dan juga pemilik  jamu mak dara!
Jumpa face to face mmg sangat slim, mmg siapa nak kurus tu makanla jamu mak dara. Terbukti bila mak dara ni cantik walau da cecah angka usia emas tau.
Jasrina Jasni, Me, Sabrina , Norryynn Aziz, Nadia Natasya & Fatheen Nabill
Semua Kesayangan Kak Jas, Fatheen & Nadia <3

p/s Nak tengok lagi gambar di Fb Saya : KLIK SINI

Wednesday, April 25, 2012

Talkshow Gen-Y RTM bersama Ben Ashaari & Puan sara

Assalamulaikum..

Setelah shooting di RTM untuk program Gen-Y semalam, kini saya telah mendapat semangat excited yang luar biasa. Bukak je blog followers dah bertambah, sedangkan secara jujur nya tempat blog hanya saja-saja perkongsian hidup sebagai anak, wanita, model muslimah dan rakyat di Malaysia ni tanpa mengira traffic mahupun mengaut keuntungan dr nuffnang  bagai2. 

Untuk pengetahuan Gen-y adalah program TV berbentuk talk show yang disiarkan di RTM selama 1 jam. Pengacara Muaz yang juga Dj radio Nasional FM yang sangat warm person menyebabkan perasaan berdebar saya hilang sekaligus. hehe. Panel jemputan yang lain adalah Ben Ashaari ( Famous blogger tu, alah korang mesti kenal kan) dan Solaheh Sarah ( motivator ) yang juga merupakan salah sorang pencarian solehah Tv-Alhijrah. Berjumpa Ben Ashaari pertama kali memang muka nya yang serious dari segi luaran saja. Sebelum ni pun Yuyu Zulaikha pernah bercakap tentang Abang Ben kepada saya. Thanx abg Ben sebab ade jugak dia kasi nasihat sikit2. Namun lepas shooting abg Ben menghilang kerana rushing ke Cheras. Nak tengok baby agak nya. :) Ape2 pun Abg Ben ni big Influence jugak dlm dunia blogger ni kan? Lattest entry abg ben pun mengenai Talk show. dan Kak sarah motivator ni comel sangat bila bertutur. Memang sesuai solehah sangat :) 

Tajuk yang kitaorang bincang ialah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Namun saya tak nak bincang kan tajuk peribahasa disini sebab kami dah bincangkan pun semalam nak tunjuk2 semua yang sempat snap semalam. Perasaan mula2 memang lah nervous kan sebab sebelum ni memang selalu buat show untuk modelling tapi untuk pertama kali jadi panel jemputan. Nak tau apa yang kami bualkan, saksikan dalam tv1 bersiaran pada 5 May ( sabtu ) jam 2 ptg okeyh! 


Sebelum shooting

Semasa

Selepas shooting

Dan akhir sekali, kepada gadis diluar sana yang sukakan kecantikkan, ni khas video saya buat semua gadis2. amaran! gadis2 sahaja ya :)



Link youtube :  Ara bubbling :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...